VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 Julai 2014 / 27 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 31/07/2012

Kasihan Ning!

KASIHAN dia, orang lain pergi ke majlis penyampaian royalti anjuran Prism Sdn. Bhd., pulang dengan wajah ceria, Ning Baizura pula hanya menggigit jari.

Ning yang ditemui di Restoran Seri Melayu, di ibu negara Rabu lalu berkata, apa yang berlaku adalah satu pengajaran untuk dirinya yang sudah 19 tahun bergelar anak seni.

“Sampai tadi saya pergi ke meja pendaftaran dan bertanya tentang royalti. Sungguh mengejutkan, apabila diberitahu yang saya tidak berdaftar.

“Bayangkan saya sudah ada 12 buah album rakaman, kiralah berapa banyak lagu yang telah saya dendangkan dan dari setiap lagu itu sudah berapa banyak yang saya boleh dapat.

“Tapi bila saya tanya, mereka kata lagu-lagu saya tidak pernah didaftar. Tahun ini baru daftar," kata Ning terus terang.

Jelas Ning, dia memang sedih tapi mungkin salah sendiri sebab selama ini dia hanya berharapkan kepada pihak pengurusan mengendalikan semua urusan berkaitan Prism.

Dia yang sentiasa bersikap positif itu berharap apa yang berlaku ke atasnya itu diambil iktibar oleh penyanyi baru.

“Tak apalah bukan rezeki saya. Bila sudah jadi begini, barulah terasa. Saya harap bakat baru, jangan pandang mudah perkara begini.

“Luangkan masa buat sendiri atau ambil tahu apa yang dibuat oleh pihak pengurusan," nasihatnya.

Dalam pada itu Ning turut bersedih apabila namanya dikaitkan dengan parti politik gara-gara gambarnya bertudung.

Kata Ning adalah menjadi prinsipnya menyokong parti yang memerintah kerajaan.

“Saya tidak pernah menyertai atau menyokong mana-mana parti politik selain parti kerajaan. Semua orang bebas berpolitik tapi janganlah kaitkan saya yang tidak berkenaan," katanya terus terang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.