VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 Julai 2014 / 24 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 31/07/2012

AIM tidak lapuk

BIARPUN sudah mencecah 19 tahun penganjuran majlis Anugerah Industri Muzik (AIM) namun di kalangan penggiat seni beranggapan acara berprestij yang dimulakan sejak 1994 itu perlu diteruskan.

Bagi mereka AIM yang dianjur oleh Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (AIMM) dengan sokongan Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) itu adalah platform untuk mengiktiraf dan menghargai hasil kerja seni yang paling berkualiti.

Rata-rata berpendapat AIM yang sama seperti Anugerah Grammy di Amerika Syarikat dan Anugerah Brit di United Kingdom itu satu-satunya yang telus mengiktiraf hasil kerja dan bukan berdasarkan populariti.

Bagi Isman Nadim Isam anggota kumpulan Hijjaz, penganjuran AIM perlu diadakan kerana ia merupakan acara tertinggi dalam industri muzik tanah air berbanding majlis anugerah hiburan lain.

AIM bukan menilai siapa popular atau ramai peminat tapi melihat hasil kerja artis berkenaan, iaitu kerja-kerja di belakang tabir.

"Inilah masanya untuk menilai kualiti kerja mereka kerana kelompok inilah yang membuatkan penyanyi itu popular atau sebaliknya.

"Lagipun orang yang menilai kualiti kerja atau bakat dibuat oleh mereka yang benar-benar mahir dalam bidang tersebut.

"Jadi apa yang diputuskan dibuat berdasar penilaian rapi bukan kerana populariti," katanya.

Tambah Isman, biarpun hanya sebuah lagu dipertandingkan namun ia tidak mencacatkan kualiti kerana ia dibuat berdasarkan keadaan semasa.

Perubahan dilakukan mengikut perkembangan terkini kerana permintaan untuk lagu single mengatasi penjualan album ketika ini.

"Rata-rata di kebanyakan negara, peminat lebih senang membeli nada dering berbanding album. Biarpun nilaian dibuat berdasarkan single namun ia dilihat dari sudut susunan muzik lirik dan kejuruteraan bunyi.

"Dari situ sahaja kita sudah dapat menilai sama ada lagu itu berkualiti atau tidak. Jadi tidak salah kalau artis itu bertanding hanya atas sebuah lagu," katanya terus terang.

Isman juga menolak dakwaan yang mengatakan lagu berkualiti kurang mendapat sambutan di pasaran berbanding lagu yang tidak diiktiraf oleh AIM.

"Jangan salahkan AIM kalau terjadi begitu. Tepuk dada tanya selera. Mungkin artis itu buat lagu, sasarannya untuk dipertandingkan di AIM tanpa memikirkan selera pendengar di luar sana.

"Hijjaz walaupun tidak menang di AIM tapi Alhamdulillah, lagu-lagu kami mendapat sambutan di kalangan peminat. Tahun ini kami mencuba menerusi album yang menampilkan muzik orkestra," katanya.

Sementara itu, komposer Julfekar Ahmad Shah berkata, antara penganjuran dalam seni hiburan, AIM adalah yang teratas berbanding lain dan perlu diteruskan.

Hanya yang perlu dilakukan adalah mengemas kini kategori mengikut peredaran perkembangan muzik masa kini.

"Bagi setiap penggiat seni hiburan, AIM merupakan tempat untuk menguji kredibiliti mereka dalam bidang ini kerana ia merupakan acara yang paling tinggi dalam industri muzik tanah air.

"AIM perlu diteruskan kerana manusia sentiasa mendengar muzik. Biarpun sekarang ini industri muzik sedikit suram namun kita tidak boleh pandang itu sebagai penamat untuk AIM," katanya tegas.

Sekadar single

Julfekar juga berkata, mana-mana karya yang dipilih menerusi AIM merupakan produk yang tidak akan mengecewakan jika dia dipertaruh di peringkat antarabangsa.

Biarpun hanya sekadar single dipertandingkan, ia masih lagi relevan dan layak diangkat sebagai lagu terbaik jika berkualiti.

"Kalau orang itu pertandingkan satu album pun tanpa produk baik, tidak guna juga. Baiklah artis itu pertandingkan sebuah lagu yang dia yakin ini adalah hasil kerja paling baik daripadanya.

"Sudah menjadi budaya industri muzik sekarang termasuk di barat, single lebih popular berbanding album. Jadi kita tidak boleh pertikai kalau artis itu bertanding atas tiket single kerana lagu itu tetap akan dinilai dari sudut yang sama, seperti mana lagu-lagu daripada album," katanya.

Membolehkan artis yang melahirkan single bertanding dalam AIM adalah satu langkah positif kerana ia merupakan platform untuk mereka mencipta nama.

Dalam pada itu penyanyi Ning Baizura berkata, penganjuran AIM perlu diteruskan selagi ada lagu-lagu baru dihasilkan.

Menerusi acara yang berprestij itu, artis dapat mengukur sejauh mana kualiti kerja dan secara tidak langsung dapat mempertingkatkan lagi hasil produk masing-masing.

"Sesiapa yang bergiat dalam industri muzik mesti idam untuk menang AIM kerana ia menjadi kayu ukur kerjaya. Bukan tidak menang AIM, anda tidak bagus. Cuma kalau ada ia (kemenangan) sebagai bonus.

"Penganjuran majlis begitu juga membuatkan setiap yang bekerja baik di belakang tabir atau penyanyi sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik. Kalau majlis AIM ditamatkan, siapa yang akan mengiktiraf karya penggiat seni dalam industri muzik," jelas Ning.

Album Ning Dekat Padamu yang diterbitkan oleh Johan Abdullah pernah dipilih sebagai Album Terbaik AIM pada tahun 1994 dan Lagu Terbaik, Awan Yang Terpilu, ciptaan Lin Li Zhen dan lirik oleh Allahyarham Loloq pada tahun 2005.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.