ARKIB : 29/07/2012
Dejavu Kinabalu ‘tiru’ Summer Scent?
JOYAH menonton drama bersiri Dejavu Kinabalu arahan Erma Fatima. Mula-mula tengok bagus juga drama ini tapi lama-lama sikit terutama bab pindah jantung, Joyah rasa dah pernah tengok drama ini. Tapi mana mungkin sebab Dejavu Kinabalu yang disiarkan di TV3 bukan drama ulangan. Ini drama tayangan kali pertama.
Fikir punya fikir Joyah pun dapat jawapan. Kira-kira lima tahun lalu Joyah pernah menonton drama bersiri dari Korea berjudul Summer Scent. Kalau tak silap Joyah drama bersiri ini ditayangkan di 8TV.
Memang sahlah, Dejavu Kinabalu sama dengan Summer Scent, bukan sahaja ceritanya tapi plotnya pun sama. Joyah boleh kata macam tukar orang Korea dengan orang Melayu sahaja. Tukar tempat di Korea dengan tempat di Sabah.
Joyah sangat yakin persamaan ini, bab pindah jantung itu memang ketara sangatlah. Joyah tanya beberapa orang kawan yang juga “kaki drama Korea", mereka pun kata begitu juga.
Skrip drama Dejavu Kinabalu ditulis oleh Erma Fatima. Ada orang kata mungkin secara kebetulan, ceritanya sama. Joyah tak menolak bab itu. Tapi persamaan cerita berbeza dengan persamaan plot. Takkan plot pun secara kebetulan juga?
Joyah tak menuduh Dejavu Kinabalu ciplak Summer Scent. Cuma Joyah hairan kenapa persamaannya terlalu terperinci sangat. Kalau ada yang kurang percaya cakap Joyah, silalah tonton Dejavu Kinabalu dan ingat kembali Summer Scent.
Atau mungkin Erma Fatima terpengaruh? Mungkin juga. Sebabnya seseorang pengkarya dipengaruhi oleh karya orang lain bukan luar biasa dan bukan tidak bermoral. Tapi terpengaruh bermakna bukanlah ada persamaan.
Joyah fikir Erma Fatima kena jelaskan persamaan ini. Sebabnya ia boleh menjejaskan kewibawaan Erma Fatima kalau makin banyak penonton tertanya-tanya macam Joyah.
Diboikot media?
Debaran konsert
Mizz Nina cemerlang!
Akademi Fantasia kembali
Nasib Afiq Muiz masih samar
Luah cinta dalam lirik
Setia bersama
'Belum rezeki kami'
Selena Gomez cari perhatian
Fizo putus cinta
Geran RM4.4 juta
Tidak mahu orang menyampah
Resah dan gembira seorang ayah
Khaty bantu ibu tunggal
Godaan muzik
Apabila warga emas menyanyi
Pasaran penyanyi warga emas
Rapat kerana rahsia
Giliran Liberty Ross curang
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









