VERSI : Mobile | Akhbar Digital
22 Ogos 2014 / 26 Syawal 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 24/07/2012

AIM 19 lebih telus

Khairil Anwar Salleh (kiri)
dan Rosmin menunjukkan trofi aim19 dalam sidang akhbar baru-baru ini.

TIDAK akan timbul soal "pilih kasih" atau hilang kepercayaan dalam proses penghakiman calon-calon Anugerah Industri Muzik bagi edisi ke-19 (AIM 19).

Malah diharap para calon tidak akan bersungut selepas keputusan diumumkan, kerana kali ini penghakiman seratus peratus dilakukan oleh pengamal industri muzik tanah air.

Sebelum ini, penghakiman dilakukan oleh ahli-ahli Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM) termasuk pihak media, ahli akademik, wakil stesen radio dan televisyen serta individu daripada syarikat rakaman.

Pengerusi Bersama, Jawatankuasa Penganjur AIM19, Rosmin Hashim berkata, perubahan itu dilakukan atas permintaan penggiat seni termasuk para artis.

"Penganjur mengambil kira saranan para penggiat seni yang diutarakan daripada majlis dialog yang diadakan sebelum ini.

"Artis mahu karya bertanding dinilai oleh individu yang mahir dalam bidang muzik. Ini supaya pemenang yang dipilih itu benar-benar memenuhi tuntutan anugerah tersebut," katanya pada majlis pengumuman kategori pencalonan dan syarat kelayakan AIM 19 di Hotel Millennium Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut hadir, Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairil Anwar Salleh.

Rosmin berkata, antara yang berkelayakan untuk menilai karya-karya muzik dalam AIM pada tahun ini adalah komposer, penulis lirik, penerbit album serta individu yang mempunyai kemahiran dalam bidang berkenaan.

"Kami menghormati pandangan semua pihak dan sepakat untuk membuat perubahan terhadap sistem penghakiman pada tahun ini yang terdiri daripada pengamal dalam industri rakaman.

"Mereka ini mahir dalam bidang tertentu dan sentiasa peka pada perkembangan industri dan sebab itulah keputusan mereka tidak boleh dipertikaikan kelak," katanya.

Jelasnya, sikap tidak percaya karyawan seni berhubung proses penghakiman AIM sebelum ini memaksa penganjur anugerah itu menukar strategi agar tiada rungutan terhadap keputusan pemenang bagi acara pada tahun ini.

Rosmin turut menegaskan tidak akan berlaku keputusan berat sebelah gara-gara konflik kepentingan di antara juri dan calon.

"Kami akan pastikan karya-karya yang dicalon tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan juri yang dilantik untuk kategori berkenaan.

"Keputusan yang bakal dibuat adalah telus kerana setiap juri tahu dan mahir dalam bidang yang diserahkan kepada mereka. Jadi para calon yang bertanding tidak perlu bimbang," katanya.

Nama juri yang bertanggungjawab menilai senarai pencalonan AIM tahun ini hanya akan diumumkan selepas keputusan "Top 5" diterima agar semua pihak berpuas hati terhadap keputusan yang bakal diumumkan.

Pencalonan AIM 19 tahun ini terbuka kepada lagu-lagu atau album dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang dikeluarkan di Malaysia bermula 1 Julai 2011 hingga 30 Jun 2012.

Tempoh pencalonan dibuka sejak 16 Julai 2012 dan akan ditutup pada 15 Ogos ini. Sebanyak 19 kategori dipertandingkan.

Kemuncak AIM19 akan diadakan pada 17 November 2012 di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor dan akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.