VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 September 2014 / 23 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 24/07/2012

Ziana satu dalam sejuta

LAN menganggap peluang berduet dengan Ziana adalah satu magis.

HARUS diakui, penangan dan fenomena yang dicetuskan oleh Ziana Zain memang cukup hebat. Jika tidak, mana mungkin penyanyi pujaan ramai itu mampu bertahan lebih dua dekad lamanya.

Kedudukan Ziana juga membuktikan bahawa pendapat yang mengatakan penyanyi sepertinya yang sudah berkahwin dan mempunyai anak sukar untuk mempertahankan kedudukannya, ternyata silap.

Biar apa jua yang diperkatakan, Ziana masih terus unggul dan hebat di mata peminatnya yang terus setia menyokongnya.

Ini diakui sendiri oleh salah seorang peminat fanatiknya, Ahmad Najib Mohd. Sarad atau lebih mesra disapa sebagai Najib yang memuja Ziana sejak dia berusia 12 tahun lagi.

Najib mula jatuh cinta kepada Ziana sebaik sahaja terdengar lagu Madah Berhelah berkumandang di corong radio sambil menyifatkan penyanyi itu telah membawa satu evolusi baru dalam industri muzik tempatan ketika itu.

Bermula daripada situ, Najib memberitahu minatnya terus bercambah dan apa sahaja yang dilakukan oleh Ziana, dia tidak akan melepaskan peluang dan berusaha untuk tidak ketinggalan.

"Baik dari album, video konsert sehinggalah ke majalah dan keratan akhbar, semuanya saya simpan.

"Ziana untuk saya tetap satu dalam sejuta dan tiada siapa yang mampu mengubah meskipun ramai artis muncul selepasnya.

"Kualiti vokalnya tersendiri dan apa yang paling penting adalah transisi imejnya setiap tahun. Ini membuktikan bahawa dia bukan hanya sebagai seorang pelakon dan penyanyi tetapi juga ikon fesyen," ujar jejaka berusia 31 tahun ini lagi.

Ketaksuban Najib terhadap Ziana telah sampai ke tahap di mana apa sahaja produk yang melibatkan penyanyi lagu Putus Terpaksa itu, dia akan menggunakan dan membelinya, selain turut disokong keluarga.

Katanya lagi, pernah sekali sewaktu Ziana menjadi duta tilam Vono, Najib telah meminta ibunya yang ketika itu hendak membeli tilam baru menukar kepada jenama itu.

"Mungkin orang tidak tahu akan satu perkara ini apabila Ziana memang menghargai peminatnya. Setiap kali lepas persembahan dan dalam keadaan penat dan lewat macam mana sekali pun, dia akan tetap melayan peminatnya.

"Dia juga sering mengajak dan menghabiskan masa dengan peminat walaupun hanya sekadar menikmati secawan teh tarik di kedai mamak. Itulah karakter dan personalitinya yang membuatkan saya terus sayang kepadanya sehingga bila-bila," katanya.

Ketika ditanya lagu nyanyian Ziana yang menjadi kegemarannya, dengan pantas Najib meletakkan Puncak Kasih di takhta paling atas.

Alasannya cukup mudah. Dia melihat lagu berentak balada itu sebagai satu transisi baru dalam lembaran kerjaya seni Ziana.

"Kalau diperhatikan untuk tiga album pertama Ziana, lagu-lagunya boleh dikatakan sama tetapi apabila dia muncul dengan Puncak Kasih pada tahun 1997, dia telah membawa satu perubahan.

"Lagu itu lebih segar dan pertama kali bekerjasama dengan komposer Adnan Abu Hassan menjadikan Ziana nampak matang dalam penyampaian lagu itu," ujarnya yang tetap setia menanti lagu-lagu terbaru daripada penyanyi kesayangannya.

Seorang lagi peminat setia Ziana, Rizman Nordin yang kini merupakan pereka fesyen popular dari jenama Rizman Ruzaini juga memberitahu dia tidak pernah menyangka bahawa akan bekerjasama dengan penyanyi pujaannya.

Jika selama ini, dia hanya memuja dari jauh dan memasang angan-angan mahu mereka busana untuk penyanyi itu, kini semuanya terlaksana.

Bagi Rizman, Ziana memang tiada tandingannya dan dia mengakui lagu-lagu nyanyian Ziana telah banyak menyentuh ramai peminat.

"Setiap lagu yang dinyanyikan semuanya mempunyai cerita tersendiri dan kami sebagai peminat yang membesar dengan lagu-lagunya merasakan cukup dekat dengan Ziana.

"Bayangkan saya meminatinya sejak darjah tiga dan memang tidak pernah ketinggalan membeli album-albumnya.

"Saya paling menggemari album Puncak Kasih yang saya sifatkan sebagai album terbaik Ziana kerana memiliki lagu-lagu yang cukup mesra telinga.

"Selain itu juga, lagu seperti Menadah Gerimis dan Tuduhan dari album Setiaku Di Sini juga antara menjadi kegemaran saya," kata pereka fesyen berusia 29 tahun.

Sementara itu, sebagai seorang penyanyi dan komposer generasi baru, Nor Azlan Rosle atau lebih dikenali dengan nama pentas, Azlan & The Typewriter juga antara yang mengagumi kredibiliti Ziana.

Apatah lagi apabila dapat berduet menerusi lagu Anggapanmu dan Lagu Untukmu pada Anugerah Bintang Popular, April lalu, Nor Azlan atau Lan menyifatkannya sebagai penghormatan tertinggi untuknya.

Baginya, Ziana seorang artis yang begitu hebat dan merendah diri serta tidak lokek untuk berkongsi cerita terutama tentang dunia seni.

"Gandingan itu adalah satu magis yang tidak mungkin akan berulang lagi. Kehebatannya di pentas, itu adalah kenangan yang memang tidak akan dilupakan sampai bila-bila, menjadi inspirasi buat artis-artis muda lain, " kata Lan dengan maksud mendalam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:22



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.