VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 22/07/2012

Jangan peralat saya dengan duit! - Tai

BESAR kepala dan sudah pandai mahu demand! Kata-kata itu cukup jelas ditujukan buat pelakon baru Taiyuddin Bakar atau lebih dikenali sebagai Tai, yang kini berhadapan dengan kontroversi yang turut melibatkan pengarah terkenal, Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Sebelum ini, semua orang tahu, persahabatan antara kedua-dua mereka begitu akrab apalagi Idham sering sahaja menampilkan Tai dalam filem dan drama terbitan syarikat produksinya, Excellent Pictures.

Pun begitu, hubungan itu dikatakan menjadi dingin selepas Tai didakwa berubah sikap dan kesombongannya terserlah apabila pelakon berusia 29 tahun itu dikatakan sudah pandai meletak bayaran tinggi untuk khidmat lakonannya.

Tai dikatakan bertindak demikian semasa Idham mempelawa dia untuk berlakon dalam filem terbaru arahannya yang berjudul Gangster Celop.

Difahamkan, dek kerana Tai menolak pelawaan orang yang selama ini telah membantu mewarnai kerjaya seninya, watak utama filem itu kemudiannya diberikan kepada Kamal Adli.

Khabarnya, meski menerima tawaran itu, Kamal juga khuatir andai Tai akan menghentam dirinya cuba mencaras watak itu yang sepatutnya diberi pada Tai.

Persoalannya sekarang, kenapa Tai tergamak mengecewakan orang yang telah banyak membantu menaikkan namanya dalam industri?

Dalam satu sesi pertemuan, Tai menjawab kepada Pancaindera mengenai pergolakan itu.

BESAR kepala? Apa sebabnya hingga timbul isu ini?

Pada saya, itu satu tuduhan yang melampau. Saya pun tak pasti besar kepala bagaimana yang dimaksudkan? Kerana saya demand? Saya buat macam tu atas dasar profesionalisme. Itu adalah apa yang sepatutnya saya terima.

Sebagai pelakon baru bayaran yang diminta Tai dianggap keterlaluan dan tidak masuk akal. Apa komen Tai?

Pelakon yang dah berlakon lama pun masih lagi terima bayaran tak setimpal kalau ada yang perasan. Okeylah, saya tak nafi, apa yang disiarkan dalam akhbar mengenai saya dalam kes ini adalah benar dan kebenaran itu cuma satu, saya memang meletakkan harga yang tinggi. Tapi tentang isu besar kepala dan saya dah sombong itu tidak benar sama sekali.

Apa rasionalnya Tai meminta bayaran tinggi sedangkan orang tidak begitu kenal dengan Taiyuddin Bakar?

Awalnya saya tak pernah berkira. Apalagi dengan Idham. Saya tahu, dia dah banyak bantu menaikkan nama saya dalam dunia lakonan dan ‘bancuh’ saya menjadi seorang pelakon di tahap sekarang. Sebab itulah saya tak berkira dengan Excellent Pictures. Bayaran sedikit pun saya terima. Cuma kali ini saya tolak sebab bayaran tak setimpal.

Tindakan Tai menunjukkan terlalu mementingkan duit?

Memang betul. Tapi sekarang ni bukan soal bayaran yang saya nak tekankan. Apa yang buat saya terkilan di mana budi bahasa dia semasa menawarkan saya berlakon dalam filem arahannya? Kami memang ada buat rundingan harga. Tapi apa yang saya kecewa ialah sikap dia yang tidak menjaga tutur kata. Macam inikah dia melayan seorang kawan? Memang saya akui, sekarang saya tidak berduit. Tapi jangan ingat saya mudah diumpan dengan duit dan akan terima apa sahaja tawaran sehingga sanggup mengenepikan maruah diri.

Adakah harga yang Tai minta itu mencapai standard pasaran untuk seorang pelakon yang masih baru?

Ya. Saya letak ikut harga pasaran. Tapi apa yang dia mahu tawarkan tu jurang bezanya terlalu jauh dan melampau. Saya tahu harga pasaran seorang pelakon. Lagipun, ia merupakan sebuah projek mega. Kolaborasi antara Excellent Pictures dan Skop Production. Jadi saya terpaksalah ikut harga pasaran. Kalau ini projek Excellent Pictures saja, mungkin saya akan bertolak ansur.

Jadi dalam hal ini, Tai cuba menunjukkan sikap tegas. Begitu?

Saya seorang yang fleksibel untuk projek-projek sebelum ini. Tapi disebabkan dia hilang budi bahasa, maka saya terpaksalah bertegas. Benda bukan tak boleh berunding. Tapi berunding biarlah dengan cara yang baik. Kenapa pelakon lain dia boleh layan dengan dan berjumpa untuk berbincang mengenai tawaran? Tapi mengapa menawarkan saya berlakon melalui mesej di Blackberry saja. Mana profesionalisme dia?

Apakah tindakannya itu yang membuatkan Tai begitu sensitif dan bertindak terlalu demand?

Semua anak seni memang berjiwa sensitif. Tapi ingatlah, cantik pasu kerana bunga, indah Melayu kerana bahasa. Saya lihat, kebanyakan pemain dalam industri ni semua tak budiman. Berkiblatkan duit. Jangan ingat semua pelakon boleh diperalat dengan duit. Saya seorang penghibur yang bermaruah! Dah terlalu banyak pembuli dalam industri ni. Itu satu perkara normal. Cuma, saya memilih untuk tidak bersekongkol dengan mereka.

Bagi Tai, Idham tidak melayan Tai seperti yang sepatutnya?

Saya bukan minta untuk dihormati. Tapi sekurang-kurangnya, layanlah saya seperti seorang manusia.

Tak bimbang lepas ni mungkin tidak ada lagi tawaran daripada Idham?

Selagi ada usaha, saya percaya, pintu rezeki tak akan tertutup buat saya. Terima kasih kepada mereka yang keluarkan isu ini sebab dari sudut positif, sekurang-kurangnya masyarakat sedar akan kewujudan saya dalam industri. Apa pun, saya masih okey dengan Idham. Tapi tak tahulah di pihak sana bagaimana. Yang penting, saya tak bermasam muka dengan dia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.