ARKIB : 22/07/2012
Tak ada niat berbaik!
SYED pasti ramai yang memang tahu tentang pertelingkahan antara Zarina Anjolie Lavocah dengan Lufya yang sudah berlarutan sejak beberapa bulan. Kes mereka ni pun tak besar mana, tapi nampaknya memang sukar untuk mencari jalan damai.
Syed berpeluang bertemu dengan Zarina baru-baru ini ketika dia memperagakan baju biru turquoise koleksi Ariff Shukor dengan kerjasama Rafflesia minggu lalu. Bila ditanya perihal kes tersebut, nampaknya Zarina memang tekad tak mahu berbaik langsung dengan Lufya.
“Saya tidak pernah cari pasal pun dengan dia. Dia yang mulakan dan dia juga yang banyak bercakap tentang hal saya. Jadi untuk apa saya berhubungan dengan dia kalau akhirnya orang akan anggap saya yang salah.
“Memang kami berkawan. Dia pun dah minta maaf atas apa yang berlaku tapi yang menjadi masalahnya kenapa dia perlu buat lagu untuk saya? Sibuk-sibuk nak menyanyi sebagai tanda minta maaf.
“Itu bukan nak minta maaf tapi nak buat provokasi pada saya. Jadi lantak dialah. Saya tak peduli apa yang nak jadi sebab fokus saya nak cari duit dan terlibat dalam bisnes. Malas nak bergaduh dengan orang sebab isu remeh.
“Saya tak perlu ada hubungan dengan dia dan tak perlu ada apa-apa hubungan pun!" kata Zarina lagi.
Hmmm... Suka hati Zarinalah. Apa lagi nak buat kalau dia sendiri dah cakap macam tu. Tapi sekarang khabarnya Zarina dah mengeluarkan produk Ched Solid Perfumes. Eloklah macam tu, setidak-tidaknya ada hasil juga.
Syed: Selamat berpuasa kepada semua umat Islam.
Nasib Afiq Muiz masih samar
Luah cinta dalam lirik
Setia bersama
'Belum rezeki kami'
Selena Gomez cari perhatian
Fizo putus cinta
Geran RM4.4 juta
Tidak mahu orang menyampah
Resah dan gembira seorang ayah
Khaty bantu ibu tunggal
Godaan muzik
Apabila warga emas menyanyi
Pasaran penyanyi warga emas
Rapat kerana rahsia
Giliran Liberty Ross curang
Kak Pah merindu!
Terkilan lagu Hijau diperguna
Ayu Raudhah sedia kembali
Tidak kisah bawa watak komedi
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









