ARKIB : 22/07/2012
Apa jadi Teater Tun Siti Hasmah?
TEATER Tun Siti Hasmah yang menjadi penantian bagi peminat teater tanah air untuk sekian lama nampak gayanya mungkin tidak akan direalisasikan.
Berita baru yang Joyah dapat tahu, penulis skrip yang juga bertindak sebagai pengarah, iaitu Adlin Aman Ramlie sudah tarik diri dari mengarah teater tersebut.
Apa sebenarnya yang terjadi Joyah sendiri tidak pasti, namun menurut sumber yang boleh dipercayai memberitahu Joyah, sampai saat ini tak nampak langsung bayang skrip teater itu.
Teater Tun Siti Hasmah dijadualkan akan dipentaskan pada 30 Ogos sehingga 9 September depan bersempena Hari Kemerdekaan.
Tentu ramai peminat Erra Fazira yang dipilih memegang watak utama sebagai Tun Siti Hasmah, tidak berpuas hati mendengar berita ini.
Joyah sebenarnya tidak berapa nak percaya sangat, takkanlah Adlin Aman Ramlie yang sudah pergi bertemu dan menemurah Tun Dr. Siti Hasmah tidak boleh menyiapkan skrip teater tersebut.
Joyah harap sangat ada keajaiban yang berlaku agar teater ini tetap dipentaskan. Sayang sangat dengan idea hebat untuk memaparkan kisah hidup isteri bekas Perdana Menteri ini yang memang terbukti keperibadian beliau selama ini sepi begitu sahaja.
Diboikot media?
Debaran konsert
Mizz Nina cemerlang!
Akademi Fantasia kembali
Nasib Afiq Muiz masih samar
Luah cinta dalam lirik
Setia bersama
'Belum rezeki kami'
Selena Gomez cari perhatian
Fizo putus cinta
Geran RM4.4 juta
Tidak mahu orang menyampah
Resah dan gembira seorang ayah
Khaty bantu ibu tunggal
Godaan muzik
Apabila warga emas menyanyi
Pasaran penyanyi warga emas
Rapat kerana rahsia
Giliran Liberty Ross curang
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









