VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 September 2014 / 8 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 13/07/2012

Klasik Nasional ubat rindu Karim Latiff

GAMBAR terbaru Karim Latiff sewaktu dirakamkan pada suatu majlis yang dihadirinya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PADA usia 76 tahun, Karim Latiff sama seperti kebanyakan warga emas yang lain. Kesihatannya tidak seperti dulu lagi. Dia sudah tidak berapa kuat untuk berjalan. Kini kerusi rodalah yang banyak membantu pergerakan pelakon filem, drama dan teater ini kalau dia mahu bergerak jauh.

Masalah mata kiri yang kurang jelas dan penyakit ulser menambahkan lagi kekaburan penglihatannya itu. Bagi Karim yang berasal dari Kampung Waris Tebat, Rembau, Negeri Sembilan ini, telinga kini adalah pancainderanya yang paling berfungsi dengan baik.

“Sekarang ini, Pak Karim lebih banyak berehat di rumah mendengar radio Klasik Nasional. Malah Pak Karim juga mendengar televisyen dan bukannya menonton televisyen. Pak Karim buka televisyen dan hanya mendengar bunyi yang keluar sahaja sebab mata tidak berapa nampak.

“Orang lain menonton televisyen tetapi Pak Karim mendengar televisyen," katanya yang membahasakan dirinya Pak Karim memulakan bicara sewaktu Hits berkunjung ke kediamannya di sebuah pangsapuri kos rendah berhampiran Ukay Perdana, Hulu Kelang, Selangor baru-baru ini.

Walaupun tidak berapa sihat dan jalan bertongkat tetapi ia tidak menghalang Pak Karim berjalan sendiri. Dia juga sangat mesra sewaktu berbual. Setiap soalan yang diajukan bukan sahaja didengari dengan jelas malah dia juga menjawabnya dengan pantas.

Ternyata bukan sahaja pendengaran Pak Karim masih baik dan memorinya juga cukup kuat. Jelas pemilik nama sebenar Abdul Karim Abdul Latiff ini, radio Klasik Nasional banyak mengimbau nostalgianya sebagai pelakon. Katanya, banyak lagu-lagu daripada filem lakonannya sering disiarkan di saluran itu.

“Banyak lagu daripada filem lakonan Pak Karim seperti Masam-Masam Manis, Anak Bapak dan Lain Jalan Ke Syorga yang selalu disiarkan di Klasik Nasional. Sejak Pak Karim tidak berapa kuat berjalan dan mendapat ulser pada tahun 2007 mendengar radio adalah hobi Pak Karim.

“Selain itu, Pak Karim ada juga menghubungi kawan-kawan lama yang juga pelakon macam Sidek Hussein, Abu Bakar Omar, Abas Bakar dan bekas wartawan Norshah Thamby melalui telefon. Kadang-kadang mereka ada juga yang datang melawat Pak Karim di rumah.

“Apabila ada peluang itu terubat juga rasa rindu dan bosan. Maklumlah asyik duduk di rumah tidak buat apa-apa memang membosankan. Secara tidak langsung Klasik Nasional dan kawan-kawan lama mengingatkan Pak Karim zaman muda-muda dulu. Seronok ada, sedih pun ada," ujarnya.

Bapa kepada Izuddin Nizam, 40, Izmir, 39, Nur Iznita, 34, Izhar, 33, dan Izralfiddin, 29, bersyukur dengan kehidupan yang dilaluinya kini. Biarpun hidup sederhana tetapi Pak Karim kaya dengan kasih sayang keluarganya. Datuk kepada 13 cucu ini sentiasa dikelilingi ahli-ahli keluarganya.

Pada pertemuan petang itu, Pak Karim ditemani isterinya, Asma Hussain, 68, dan anak keempatnya, Izhar. Dengan hidangan kopi panas bersama kuih baulu dan rempeyek pada petang itu, pelakon popular era tahun 1950-an di Singapura

ini semakin rancak berborak.

Kongsi pengalaman

Ternyata Pak Karim tidak lokek berkongsi pengalaman silamnya. Bukan mahu membangga diri, jauh sekali riak, anak kelima daripada tujuh beradik ini secara tidak langsung berkongsi pengalamannya sebagai pelakon kepada sesiapa sahaja yang sudi mendengarnya.

“Saya mula berlakon pada tahun 1954 di Malaya (sekarang Semenanjung Malaysia). Saya berlakon drama pentas bersama banyak kumpulan drama. Antaranya kumpulan A.R. Tompel, Zara Agus dan Kesuma Booty. Ketika itu orang panggil drama pentas atau sekarang dipanggil teater.

“Saya pusing satu Malaya berlakon drama pentas dengan tiga kumpulan itu. Pada 1956 saya berhijrah ke Singapura dan berlakon sebagai pelakon extra atau tambahan di sana. Saya bekerja sebagai pelakon extra di merata-rata studio filem di Singapura ketika itu.

“Pada 1961 saya balik ke Malaya dan menetap di Kuala Lumpur. Ketika itu, saya lebih banyak berlakon drama televisyen. Antaranya drama bersiri Keluarga Tompel dan Keluarga. Saya terus berlakon drama sehingga penghujung tahun 1980-an," ceritanya.

Pak Karim juga boleh berbangga kerana sewaktu di Singapura, dia pernah berlakon di bawah dua studio yang terkenal ketika itu iaitu Shaw Brothers, Cathay Keris dan juga Studio Merdeka di Hulu Kelang, Selangor di bawah filem-filem arahan Tan Sri P. Ramlee pada tahun 1960-an.

Malah Pak Karim juga turut dikenali ramai pada era tahun 1970-an kerana banyak terbabit dalam bidang alih suara rancangan-rancangan televisyen di saluran RTM ketika itu. Suaranya yang jelas dan berbaur tegas memang tidak asing lagi bagi para peminat siri drama alih suara dari luar negara.

Kini dalam meniti usia emas tiada apa yang diharapkan oleh Pak Karim melainkan berdoa agar dapat banyak beribadah kepada Allah pada setiap hari. Dia juga berharap kesihatannya yang tinggal tidak seberapa itu dapat digunakannya ke arah tujuan mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa.

“Pak Karim sudah melalui pelbagai pengalaman pahit manis sebagai pelakon. Ini kerana, sejak kecil Pak Karim memang minat menyanyi dan berlakon. Pak Karim pergi ke Singapura semasa muda dulu pun kerana mahu jadi pelakon. Ia memang telah terjadi," katanya lagi penuh makna.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:22
Maghrib 7:20
Isyak 8:29


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.