VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Ogos 2014 / 27 Syawal 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 08/07/2012

Ella kini milik Azhar Husaini

Azhar Husaini menyarungkan cincin di jari Ella pada majlis akad nikah, malam tadi. - MINGGUAN/MOHD. FARIZWAN HASBULLAH

KUALA LUMPUR 7 Julai - Ratu Rock Negara, Ella atau nama sebenarnya, Norzila Aminuddin, 46, sah bergelar isteri kepada Azhar Husaini Ghazali, 31, seorang juruterbang di syarikat penerbangan Firefly, dengan hanya sekali lafaz akad nikah pada majlis yang berlangsung di rumah ibu penyanyi tersebut di Teluk Gadong, Klang, Selangor.

Majlis yang berlangsung pada pukul 10.30 malam itu tertangguh kira-kira dua jam kerana ketiadaan bekalan elektrik. Acara pernikahan kedua mempelai itu disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariat Teluk Gadong, Baharuddin Abu Bakar.

Pada majlis yang turut dihadiri kira-kira 200 tetamu, Ella yang mengenakan pakaian rekaan Syaiful Baharim menerima mas kahwin bernilai RM50,300.

Ella yang berwalikan abangnya, Mohd. Nor Izam Aminuddin, 55, juga menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang.

Berkenalan sembilan tahun lalu, pasangan ini mula rapat sejak hujung tahun lepas sebelum mengambil keputusan berkahwin.

Pada mulanya majlis pernikahan ini hanya diatur sebagai majlis pertunangan tetapi akhirnya kedua belah pihak bersetuju untuk terus bernikah.

Sementara itu majlis resepsi kedua mempelai akan diadakan pada Disember ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.