VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 23/06/2012

Bidang kulinari banyak peluang

BOLEH jadi kerana tugasan mereka dipecahkan kepada beberapa bahagian dari peringkat penyediaan bahan-bahan sehinggalah ke peringkat menghiaskan juadah membuatkan mereka tidak terkenal seperti nama-nama chef selebriti.

Biarpun demikian, kerjasama mereka ibarat sebuah pasukan menyediakan hidangan yang memuaskan selera setiap pengunjung.

Begitu juga dengan Chef Eksekutif, Shaifudin Wali Mohamed dari Hotel Four Points Sheraton Langkawi yang berpengalaman bertugas di bahagian dapur bermula dari pembantu masakan hinggalah bergelar chef profesional.

Pada peringkat terkini dalam kerjayanya, tugasannya mencabar dari segi penyediaan menu, bertanggungjawab kepada soal pengurusan dapur, menjaga kualiti makanan dan melayan citarasa pelanggan.

Berasal dari Jitra, Kedah, kisah Chef Shaifudin dalam bidang kulinari bermula sejak 1989.

Menurutnya, pelanggan yang keluar masuk tidak merisaukannya tetapi pelanggan yang tinggal lama di sesebuah hotel lebih mencabar kemampuan seorang chef dari segi penyediaan juadah.

"Pelanggan yang tinggal lama di hotel pastinya jemu jika dihidangkan dengan menu yang sama setiap hari.

"Sebab itu sebagai chef, kami perlu menyediakan pelbagai hidangan yang menepati selera setiap pengunjung.

"Kalau tempahan bilik penuh, hidangan secara buffet amat bersesuaian," jelasnya.

Chef Shaifudin berkata, kerjaya ini telah sebati dengan kehidupannya.

"Bidang ini mudah mendapat pekerjaan kerana industri pelancongan, perhotelan dan restoran semakin berkembang dan permintaan terhadap bidang kerja chef juga semakin bertambah.

"Di mana-mana pun chef boleh mendapatkan pekerjaan. Selagi orang perlu makan selagi itu kami ada kerja.

"Bagaimanapun, kesabaran amat penting dalam menyediakan hidangan yang enak. Kalau boleh kita perlu masak dengan sepenuh hati mengikut resipi tertentu," ujarnya.

Pekerjaan sebagai seorang chef membuka pelbagai peluang dalam industri restoran, hotel, kapal pesiaran dan resort.

Selain itu, chef juga berpeluang meningkatkan kemahiran memasak, memiliki perniagaan berasaskan makanan ataupun produk masakan dan tenaga pengajar.

Dengan kemahiran dan kebolehan yang ada membuatkan kerjaya seseorang chef dikagumi ramai terutama buat mereka yang berpeluang bertugas di hotel lima bintang yang terletak di lokasi percutian idaman ramai.

"Jika individu itu boleh bekerja di bawah tekanan, melakukan beberapa tugas dalam satu-satu masa, bekerja sebagai sebahagian daripada pasukan, gunakan kreativiti dan imaginasi untuk menghasilkan juadah yang kelihatan menarik, bersabar dengan tugasan remeh seperti memotong sayur-sayuran dan memahami rantai pemakanan dengan baik, kerja chef pastinya bersesuaian dengan individu terbabit.

"Jika di negara maju seperti Britain, lebih 520,000orang bekerja dalam industri restoran dan kebanyakannya berumur bawah 30 tahun.

"Setiap tahun, terdapat sekitar 30,000 kekosongan dan ini memberi peluang kepada mereka yang minat memasak mendapatkan pekerjaan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.