VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 27/05/2012

Sistar kuasai carta muzik

NA HONJA atau Alone, lagu terbaru kumpulan Sistar nampaknya benar-benar meletup di pasaran malah telah dua kali memenangi carta Music Bank, terbitan KBS.

Lagu yang dimuatkan dalam album mini Sistar itu cukup mengasyikkan melodinya ditambah pula dengan gaya tarian dan busana seksi Hyorin, Dasom, Soyu dan Bora.

Selepas melonjak naik dengan lagu-lagu daripada album pertama mereka seperti Push Push dan So Cool - yang lebih bersifat ceria - Sistar kembali dengan imej seksi.

Difahamkan video muzik untuk lagu Alone dirakamkan di Las Vegas, kota yang terkenal dengan kehidupan malam yang penuh warna-warni.

Patutlah gaya busana dan persembahan mereka untuk lagu itu ada mirip pertunjukan penghibur Las Vegas dengan baju warna garang dan ala tarian tiang diiringi irama agak funky.

Lagu Alone diterbitkan oleh Brave Brothers, orang di belakang kejayaan album pertama Sistar sebelum ini.

Dengan terbitnya album terbaru ini, Sistar turut menyertai bintang K-pop lain mengadakan pertunjukan global menerusi YouTube yang boleh dilayari secara langsung di 41 negara di seluruh dunia, Selasa lalu.

Dengan kemunculan semula kumpulan artis perempuan dengan album baru masing-masing seperti Wonder Girls, 4Minute dan T-Ara selain serpihan SNSD, Taetiseo, kejayaan Sistar menjuarai carta muzik memang cukup membanggakan!

Sistar hwaiting!!!

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.