VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 September 2014 / 23 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 20/05/2012

Shiro panas dikritik

MEREKA merupakan bakat baru yang dicungkil menerusi program Raja Lawak musim keenam (RL6). Impak yang diterima oleh kumpulan Shiro cukup kuat sehingga meletakkan mereka sebagai pemenang pertandingan tersebut.

Tidak menganggap diri mereka berada di atas, Shiro tahu perjalanan mereka masih panjang. Perjalanan sebagai anak seni baru sahaja bermula dan pada ketika ini mereka dalam fasa meneroka ke mana harus 'ditumpahkan' bakat tersebut.

Dianggotai oleh Ajak dan Shahrol, mereka sudahpun diberi kepercayaan untuk menjadi deejay di radio Era fm menggantikan slot pagi Johara yang bercuti beberapa minggu lalu.

Menemui peminat radio nombor satu negara selama tiga minggu itu menjadi pengalaman paling menarik buat mereka apatah lagi slot pagi Era fm mempunyai pendengar tertinggi dalam satu keputusan kajian yang diumumkan baru-baru ini.

Menariknya ramai yang memberikan pendapat tentang perkara itu. Ada yang cukup senang dengan kehadiran mereka dan tak kurang juga yang memberi kritikan pedas sehingga membuat mereka 'panas punggung'.

"Memang banyak kritikan yang diberikan peminat terutama pada minggu pertama kami ke udara. Cuma selepas minggu itu barulah keadaan menjadi semakin selesa dan pendengar pun mula menerima.

"Ramai juga yang membandingkan cara penyampaian kami dengan Johan. Memang tidak akan sama cara kami tetapi apa juga pandangan dan kritikan itu kami ambil sebagai pembakar semangat.

"Mungkin kami perlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri. Insya-Allah bila dah selesa semuanya akan berjalan dengan lancar," kata Ajak atau nama sebenarnya Mohd Hanaffi Razak.

Menyifatkan fasa ini sebagai fasa meneroka bakat sebenar mereka, Shiro masih lagi fokus untuk menjadi sebuah kumpulan lawak yang berjaya.

"Fokus kami untuk jadi pelawak. Malah sampai hari ini banyak undangan yang mahukan Shiro. Apa yang membanggakan apabila kami dijemput membuat persembahan di hadapan kerabat diraja baru-baru ini.

"Memang itu pengalaman yang tak dapat dilupakan apatah lagi bila melibatkan kerabat diraja. Kami buat persediaan sebelum persembahan kerana perlu tahu latar belakang penonton agar lawak tidak janggal.

"Jarang kami naik ke pentas tanpa sebarang persediaan. Nak jadi pelawak pun bukan boleh main hentam sahaja. Nanti orang label Shiro macam-macam. Jadi lebih baik kami bersedia terlebih dahulu," kata Shahrol yang juga terlibat dalam rancangan Super Spontan.

Mengenai dakwaan yang mengatakan Shahrol lebih menyerlah berbanding Ajak yang dilihat lebih relaks, komen Ajak;

"Memang antara kami ada yang lebih ke depan dan seorang akan di belakang.

"Kalau kita tengok dalam mana-mana kumpulan pun seorang akan jadi 'killer' dan yang lain akan jadi pengapit kepada 'killer'. Saya akan cetus isu dan Shahrol pula yang akan 'pukul' sampai penonton tergelak.

"Strategi ini bukan hanya dilakukan oleh Shiro malah melibatkan semua pelawak berkumpulan. Cuba tengok Osbon .

"Os hanya melontarkan idea dan Abon yang akan buat orang ketawa. Walaupun orang nampak Abon lebih kelakar tapi peranan Os tidak boleh dinafikan.

"Begitu juga kami. Bila masing-masing dah faham akan tanggungjawab sendiri itu tak akan jadi masalah besar bila berada atas pentas," kata Ajak yang masih lagi bekerja sebagai anggota Tentera Laut Diraja Malaysia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:22



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.