VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Ogos 2014 / 5 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 12/05/2012

Konsert Pancaindera gegar Kuala Kangsar

MAS IDAYU

Antara artis yang akan membuat persembahan pada konsert di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford yang dijangka bermula 9 malam itu ialah Mas Idayu, Ifa Raziah, Saleem Iklim, Rahmat Mega dan Kumpulan One Nation Emcees.

Konsert yang bakal dikendalikan oleh pengacara terkenal tanah air, pelawak dan pelakon Wahid Senario ini turut diserikan oleh persembahan kebudayaan penuntut Universiti Pengurusan dan Teknologi (Umtech).

Selain itu, selama lima hari bermula hari ini sehingga 16 Mei, pengunjung festival boleh menyertai pelbagai acara dan aktiviti menarik yang disedia penganjur.

Ada tayangan Layar Bistari, ceramah agama, persembahan Pentarama Jabatan Penerangan, pameran pendidikan dan pelbagai jenis pertandingan yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Tidak ketinggalan adalah penampilan istimewa maskot Upin & Ipin di acara ini. Apa lagi, jom ramai-ramai kita meriahkan festival ini yang dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Jadi jangan lupa malam ini, moh semua warga Perak dan yang berada di Bandar Di Raja datang beramai-ramai di Padang Clifford, Kuala Kangsar kerana buat julung kali Konsert Pancaindera akan berada di bandar bersejarah itu.

Tidak hanya memberikan hiburan semata-mata, penganjur juga menyediakan pelbagai hadiah dan cenderamata istimewa kepada pengunjung yang hadir nanti sepanjang berlangsungnya acara Festival Hari Guru Kumpulan Utusan.

Antaranya pertandingan Pakaian Beragam, Mewarna, Studio Penghias Wajah, koir, bersama kartunis dan bermacam-macam lagi.

Maklumat lanjut boleh dirujuk pada laman sesawang www.adap.com.my\festival.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:25
Maghrib 7:21
Isyak 8:31


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.