VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 Julai 2014 / 27 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
HIBURAN

ARKIB : 22/04/2012

Pendirian Christina Suzanne

RAUT wajah cantik adalah penilaian utama buat pendatang baru yang ingin menceburi bidang lakonan. Kalau syarat utama itu tidak lulus, maknanya artis itu bakal ‘tak laku’ sebab tak memenuhi syarat utama stesen televisyen sekarang yang berkehendakkan artis rupawan memegang watak utama drama yang bersiaran di saluran mereka.

Maknanya, kalau wajah seseorang artis itu setakat ‘bolehlah’, sesebuah stesen televisyen susah nak bagi lampu hijau untuk watak utama, setakat watak sampingan tak jadi masalah.

Berlainan situasinya andai seseorang artis itu berwajah komersial, ada darah kacukan mat salih, hah kalau macam itu memang artis itu laku macam pisang goreng. Malah berderet-deret penerbit drama sanggup tunggu tarikh kosong artis rupawan itu, lama pun tak apa asalkan si cantik jadi aktres utama dalam drama mereka.

Bagaimanapun, stigma sedemikian tidak sehaluan dengan perjuangan seni pelakon bernama Christina Suzanne Stockhill yang sedang popular dengan drama adaptasi dari novel, Bicara Hati karya Damya Hanna yang sedang bersiaran di Astro Prima.

Peminat novel romantik karya Haruki Murakami ini menganggap kecantikan seseorang artis bukan penilaian utama untuk menentukan masa depan dan jangka hayat mereka dalam industri seni tempatan sebab bagi Christina, semuanya terletak pada bakat.

“Bakat adalah perkara utama dipandang untuk seseorang bergelar pelakon. Buat apa muka cantik tapi lakonan macam tunggul kayu.

“Bagi saya, kecantikan fizikal seseorang itu cuma kosmetik, tak ada makna tertentu. Saya tak rasa kecantikan boleh julang artis itu selama-lamanya.

“Banyak contoh artis yang boleh kita lihat pada hari ini, artis lama yang penuh berdedikasi tetap gagahkan kaki ke set penggambaran demi semangat cintakan dunia seni," hujahnya.

Adakah pelakon drama Projek Pop di 8TV ini tidak terasa bahawa kenyataannya itu seolah-olah merujuk dirinya, yang dilihat punya laluan mudah dalam industri sebab memiliki pakej sempurna.

Menjawab persoalan itu membuatkan wanita berdarah kacukan Jerman, Amerika Syarikat dan Melayu itu menggelengkan kepala tanda tidak bersetuju.

“Jujurnya, saya tolak idea cantik buat diri lebih cepat popular sebab itu bukan budaya kerja saya. Biarlah orang kenal siapa Christina Suzanne melalui hasil kerja, sebab saya tak minat bersandar pada luaran.

“Kalau nak jadi pelakon, biar betul-betul berlakon. Fokus dan jangan sesekali tidak jujur dalam kerja. Bidang lakonan juga seperti bidang profesional yang lain cuma kita lebih terdedah dengan media," katanya lagi.

Ditanya adakah dia tidak gentar apabila mengeluarkan pandangan sebegitu, anak kedua daripada tiga beradik ini kelihatan begitu yakin sekali.

“Pegangan saya cukup mudah dan saya tak goyah sampai bila-bila, biarpun dah terkenal satu masa nanti. Ada juru mekap beritahu yang seorang artis perlu cantik sentiasa, sebab cantik boleh buat dia cepat laris, dapat banyak job.

“Saya tak bersetuju cara ‘pelaris’ macam itu sebab orang sekarang dah pandai menilai. Kalau artis itu cantik, memang cantiklah dia luar dan dalam. Tak perlu cantik untuk acara tertentu saja, tapi bila acara berakhir, jadi barai semacam.

“Jadi lebih baik kalau kita jadi diri sendiri asalkan apa yang kita buat itu tak menyalahi adat, kebiasaan masyarakat dan agama," hujahnya yang mengakui tidak gemar mengenakan solekan kalau tidak terikat dengan tugas hakiki.

Dalam perkembangan lain tatkala ditanya persediaan Christina untuk menerima limpahan populariti apabila episod terakhir Bicara Hati dijangka pada 26 Jun nanti, tiba-tiba pelakon ini menguntum senyuman.

“Percayalah, saya tak pandang dari sudut popular untuk kegunaan peribadi, supaya orang cepat kenal saya, tidak sama sekali. Saya hanya bersyukur kalau watak tegas Zahlia dalam Bicara Hati itu diterima semua," ringkasnya.

Sentiasa ingat

BEKAS pramugari ini juga percaya bahawa apa yang terjadi pada hari ini berkait rapat dengan masa silam individu. Lantaran itu, kita perlu sentiasa beringat dalam setiap perlakuan kerana ia berpotensi untuk mendapat pembalasan.

“Saya tak nak terlalu leka dengan kesenangan yang dianugerah Ilahi sebab saya bimbang semua itu adalah ujian. Saya kena banyak muhasabah diri dan tak biarkan diri hanyut dengan pilihan saya.

“Macam-macam perkara yang berlaku dalam industri seni ini, saya pantau semuanya dan nilaikan semua. Ada banyak yang boleh diperbaiki dan dikukuhkan. Saya tak nak bercakap macam senior dalam industri ini tapi sendiri mahu ingatlah.

“Saya percaya dengan nasihat dan bimbingan daripada mummy (Rohimah Mohd. Taib) dan papa (Joseph Stockstill), harapnya saya tak tergelincir dari landasan sebenar," katanya penuh makna.

Lantaran itu, Chris menetapkan beberapa garis panduan bergelar artis seperti membuang sikap hipokrit, jujur dan tidak berlebih-lebihan kerana tidak mahu hanyut di arus penuh glamor.

“Mungkin pekara itu susah, tapi saya kena jaga. Saya kena bijak asingkan urusan peribadi dengan kerjaya sebab tak ramai orang suka dengan cerita peribadi kita secara umum.

“Saya tahu masyarakat kita memang sensitif, ada juga yang suka label-melabel seseorang artis itu. Saya sendiri pernah dikata sebab nama saya yang ala-ala Barat itu, sedangkan dalam hati saya sarat dengan jiwa Melayu.

“Janganlah sebab nama saya itu orang mudah salah sangka. Saya pernah membesar di Sungai Lembing, Pahang sebab mummy orang sana. Saya dididik 100 peratus cara hidup orang Melayu," kata Chris yang pernah dikenali dengan nama Kris Cempaka di saat awal pembabitannya dalam bidang seni kira-kira dua tahun lalu.

Ditanya adakah Christina merasakan terlalu lewat untuk menceburi bidang seni lantaran usianya sudah mencecah 27 tahun, pelakon yang gemar bercuti di kawasan tenang ini begitu optimis dengan hujahannya.

“Dalam hidup saya, tiada istilah merancang kerjaya, saya ikut saja rezeki yang ada di depan mata. Saya pernah merancang sebelum ini, berusaha bersungguh-sungguh tapi nampaknya tak berjaya.

“Mungkin sebab terlalu berusaha, saya kecewa bila tak jadi. Sebab itu untuk kali ini, saya kena kerja kuat, dapatkan anugerah sampai semua orang tahu di mana kemampuan saya," jelas Christina mengakhir perbualan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.