VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
FORUM

ARKIB : 22/03/2013

Suara emas patriotik Jamaludin Alias

SETIAP kali lagu patriotik dan pilihan raya berkumandang di udara penulis pasti teringatkan Jamaludin Alias, seorang pengulas sukan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sekitar tahun 1960-an.

Selain menjadi pengulas sukan, Jamaludin juga adalah penyanyi berbakat dan amat selesa mendendangkan lagu berirama keroncong.

Jamaludin, walaupun bersaiz sederhana mempunyai suara ‘bergemuruh’ (booming voice) seakan-akan suara penyanyi tersohor Bing Crosby dan Bing Slemat dari negara Indonesia. Berasaskan ‘kekuatan’ suara yang dimilikinya, Jamaludin telah diberi penghormatan menyanyikan lagu Negaraku dan Mari Mengundi.

Ketika negara berada dalam era darurat menghadapai ancaman komunis dan konfrantasi Indonesia wujud pula lagu Malaysia Berjaya, Parajurit Tanah Air dan Barisan Kita.

Lagu-lagu ini ketika itu diberi ruang penyiaran (air time) yang luas oleh stesen radio dan televisyen dan sentiasa berkumandang di udara bagi menyemaikan semangat juang dan keperwiraan kepada anggota pasukan keselamatan yang sedang berjuang menentang musuh.

Kini lagu patriotik nyanyian Jamaludin antaranya Parajurit Tanah Air kini berkumandang semula di udara ketika anggota pasukan keselamatan sedang berjuang menentang pencerobohan pengganas Sulu bersenjata di Lahat Datu dan Semporna, Sabah.

Percayalah tidak lama lagi kita akan dengar lagu ini pula, Mari Mengundi.

Kita telah lama tidak mendengar khabar berita tentang penyanyi ini yang banyak berjasa kepada negara. Ada kemungkinan kita telah terlepas pandang - ‘jauh di mata jauh pula di hati’.

Apa pun baru-baru ini saya secara kebetulan berkesempatan menonton video klip Jamaludin Alias, rakaman yang dibuat di rumahnya yang disiarkan di TV3 - Malaysia Hari Ini (MHI). Jamaludin Alias kelihatan sihat walaupun sukar untuk bergerak atau berjalan.

Atas kesedaran ini marilah kita meluangkan sedikit masa mudah-mudahan lawatan kita untuk bertanya khabar akan memberi sedikit keceriaan kepadanya.

WMRAMLI

Hulu Klang, Selangor

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.