VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 September 2014 / 22 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
FORUM

ARKIB : 23/01/2013

Kenapa timbulkan kekecohan di negara yang stabil, aman makmur ini?

SAYA merujuk kepada artikel Datuk Mukhriz Mahathir yang disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 7 Januari 2013.

Mukhriz telah menimbulkan isu yang amat penting mengenai motif pembangkang yang berhasrat untuk mengambil alih kuasa ala 'Arab Spring' dan seterusnya menubuhkan kerajaan baru.

Tidak ada mana-mana pihak pun yang mempertikaikan Malaysia sebagai sebuah negara aman dan makmur, walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama. Jadi, kenapa tidak semena-mena pihak pembangkang ingin menimbulkan kekecohan dan ketidakstabilan sosial di dalam negara ini?

Demokrasi perlu sentiasa diamalkan berdasarkan undang-undang negara yang sekaligus akan turut menggalakkan pertumbuhan ekonomi.

Namun apa yang menyedihkan ialah cara berpolitik pihak pembangkang yang mempengaruhi golongan muda untuk membenci kerajaan yang dipilih rakyat dengan mengadakan demonstrasi jalanan. Jika itu yang diperlukan bagi menubuhkan kerajaan, kenapa perlu diadakan pilihan raya?

Kenyataan Mukhriz sangat tepat apabila beliau menegaskan bahawa kestabilan politik adalah perkara yang paling mustahak bagi menarik pelaburan asing ke negara ini. Seharusnya beliau tahu apa yang diperkatakan kerana tugas-tugas beliau sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta mengetuai banyak rombongan perdagangan ke pelbagai negara.

Sebenarnya, tahap daya saing dan pelaburan asing negara ini telah diiktiraf oleh pihak Bank Dunia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai negara yang berdaya saing tinggi. Ini seharusnya menjadi bukti kejayaan Malaysia dalam pengurusan ekonomi negara. Tetapi kenapa pihak pembangkang masih menggambarkan negara kita ini sebagai satu kisah yang sedih dan menuju kehancuran?

Bloomberg melaporkan bahawa Malaysia adalah 'sinar' kepada pelbagai kegiatan ekonomi di seluruh dunia. Malah, pada pendapat saya Malaysian Summer ini yang seharusnya perlu diimport oleh negara-negara lain.

Tahniah diucapkan kepada Mukhriz atas kecemerlangan tugas yang telah dilaksanakan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:11
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:22



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.