VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
FORUM

ARKIB : 07/11/2012

Usah pindahkan Jabatan Pesakit Luar HKL ke Cheras

CADANGAN pemindahan Jabatan Pesakit Luar (OPD), Hospital Kuala Lumpur (HKL) ke Hospital Rehabilitasi, Cheras untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penaiktarafan HKL benar-benar mengejutkan saya selaku pesakit yang selalu menggunakan khidmat di klinik jabatan tersebut.

Difahamkan, pemindahan itu untuk tempoh tiga tahun sementara menanti klinik Jabatan Pesakit Luar yang baru di Jalan Fletcher siap dibina. Adakah janji ini sebagai penyedap halwa telinga sahaja kerana langsung belum ada tanda-tanda kerja pembinaan dijalankan di kawasan tersebut.

Kami tidak menolak pembangunan tetapi seharusnya pihak yang berkenaan lebih memikirkan nasib rakyat. Sebagai klinik yang telah beroperasi bertahun-tahun lamanya dan begitu disenangi rakyat, pemindahan ke lokasi yang begitu jauh menyukarkan rakyat yang memerlukan perkhidmatan. Siapakah yang akan menjangkakan pesakit atau rakyat ini akan ke Cheras semata-mata untuk merawat demam dan batuk mereka?

Cadangan untuk 'menyalurkan' pesakit ke Jabatan Kecemasan dan Klinik 1Malaysia adalah sangat tidak masuk akal. Dengan keadaan jabatan itu yang sangat sibuk dan sentiasa menerima kes-kes kecemasan setiap masa, berapa lama pula masa yang perlu diambil oleh pesakit OPD untuk berjumpa doktor kerana kes-kes kecemasan adalah keutamaan untuk dirawat terlebih dahulu. Lagipun, adalah mustahil dapat merawat tambahan pesakit secara berkualiti.

Kenapa tidak memindahkan OPD ke bangunan baru yang berhampiran? Ini sangat merugikan tambahan pula melihat kepada kos jutaan ringgit yang telah diberi kerajaan untuk membina bangunan baru itu. Kaedah ini lebih praktikal dan berfaedah untuk rakyat dan kementerian.

Klinik di Jabatan Pesakit Luar HKL ini telah memberikan sumbangan yang amat besar kepada warga Malaysia di kawasan sekitarnya. Walaupun dihadiri oleh ratusan pesakit pada setiap hari sehingga waktu malam, khidmat yang diberikan oleh barisan petugas di sana sangat mengagumkan. Mereka melayan kami dengan senyuman dan merawat kami dengan rawatan terbaik tanpa mengira masa dan warna kulit. Apabila berita pemindahan ini sampai ke pengetahuan rakyat, kami tersentak kerana tidak mungkin kami akan ke Cheras semata-mata untuk mendapatkan rawatan.

Diharapkan cadangan ini diperhalusi oleh pihak berkenaan. Jika perlu, Kementerian Kesihatan perlu campur tangan dalam hal ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.