VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 September 2014 / 23 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
FORUM

ARKIB : 17/08/2012

Tiada lagi kalungan bunga di Tugu Negara sempena Hari Pahlawan

Tugu Negara di Kuala Lumpur lambang perjuangan mempertahankan tanah air. - Gambar Hiasan

SAYA adalah pegawai Tentera Darat yang berkhidmat di zaman darurat dan rakan yang masih hidup amat sedih melihat satu tradisi perayaan Hari Pahlawan yang penuh perasaan kemanusiaan telah diketepikan. Satu tradisi dihapuskan.

Perayaan Hari Pahlawan tidak lengkap tanpa meletak kalungan bunga di Tugu Negara, Kuala Lumpur seperti di zaman pentadbiran Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir.

Tidak ada kehilangan yang lebih besar kepada manusia di dunia ini daripada kehilangan tanah airnya. Mengapa Tugu Negara dibina? Kerana kita telah berjaya mempertahankan tanah air kita dengan perjuangan bersenjata yang mengambil masa yang lama.

Meletak kalungan bunga adalah amalan antarabangsa. Perang Dunia Pertama sudah berlalu hampir 100 tahun. Pada 15 November tiap-tiap tahun, diletak kalungan bunga di tugu-tugu peringatan di merata negara yang terlibat dalam peperangan.

Mengapa bunga? Bunga yang segar, cantik, berwarna warni dan harum baunya akan gugur juga mengikut masanya, begitu jugalah manusia. Kita menghormati dan memuliakan mereka yang gugur dalam pertempuran menentang musuh negara dan untuk keamanan sebagaimana bunga-bunga itu gugur.

Tujuan utama dan asal Hari Pahlawan ialah untuk memperingati mereka yang terkorban, sekali gus mengambil kesempatan mengutip derma untuk menghidupkan rasa simpati rakyat terhadap mereka yang gugur.

Meletak kalungan bunga ini juga meningkatkan dan menyambung semangat kerelaan berkorban untuk negara.

Di zaman ini, nampaknya keutamaan diberi untuk memungut derma sempena Hari Pahlawan, dan tidak dengan ikhlas memperingati pahlawan yang gugur. Apabila Tugu Negara terkeluar daripada pandangan, lupalah rakyat kepadanya.

Saya amat berharap para pembaca khasnya orang Melayu terus menghormati pahlawan-pahlawan kita yang telah gugur dan menyokong saya memohon kerajaan mengekalkan tradisi meletak kalungan bunga di Tugu Negara pada Hari Pahlawan. Kita tidak mahu rakyat Malaysia lupa sejarah perjuangan negara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:22



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.