ARKIB : 13/08/2012
Berniagalah dengan jujur untuk dapat keberkatan
HARGA gula, pulut, susu, tepung dan kelapa nampaknya terkawal dan apabila harga telur pula sudah turun mendadak sehingga hanya RM5.99 sen atau RM6.99 sen untuk sepapan 30 biji tiada sebab peniaga kuih atau makanan masih kekalkan harga lama atau tidak mahu menurunkan harga makanan yang menggunakan bahan tersebut.
Sebagai peniaga rakyat Malaysia adalah sewajarnya janganlah mengaut untung berlebihan melampau sangat sedangkan harga bahan untuk membuat kuih atau lauk pauk itu sudah terkawal dan ada pula sudah diturunkan harga barang-barang atau bahan makanan itu.
Bersemangat patriotiklah sedikit dan bertimbang rasa sesama kita rakyat Malaysia dan lagi dalam agama pun ada garis panduan yang dibolehkan atau tidak dibolehkan untuk mengaut keuntungan dengan mengambil kesempatan mencari untung melampaui batas keterlaluan itu dilarang dalam agama kerana mungkin adanya rasa tamak dan seolah-olah memeras pelanggan.
Selalunya menjual makanan keuntungannya melebihi 50 peratus ataupun sekali ganda daripada modal, tetapi mengapa ada peniaga yang mengaut keuntungan hingga melebihi 200 peratus sedangkan harga bahan untuk membuat makanan itu sudah pun diturunkan ataupun sudah pun terkawal?
Inilah masalahnya dan sikap peniaga kita. Kebanyakan daripada mereka inilah yang menjadikan salah satu sebab mengapa harga barang naik mendadak terutama sekali bahan makanan harian.
Inilah apa yang sering berlaku apabila bahan makanan naik harga sedikit gerai atau restoran akan bising dengan berbagai alasan untuk menaikkan harga makanan sesuka hati tanpa menyedari bahawa dengan berbuat demikian akan mengundang sumber perniagaan yang lain akan turut dinaikkan tetapi apabila harga bahan membuat makanan diturunkan mereka buat tidak tahu atau tidak ambil peduli sahaja.
Sikap negatif sebeginilah tidak secara langsung yang boleh merosakkan ekonomi negara dan boleh meningkatkan inflasi yang sepatutnya dapat dikekang.
Berniagalah dengan jujur dan ikhlas barulah datangnya keberkatan.
Bersihkan kakitangan awam 'makhluk perosak'
Pas Kedah jatuh kerana abai Kuin
Nasib Melayu Singapura, Malaysia
Pungutan suara Sekolah 1Malaysia
Pupuk semangat cintakan negara
Silent walk, seolah-olah mereka dizalimi?
Pembangkang tidak menerima hakikat PRU-13
Mengapa sultan tidak berkenan Husam dilantik Exco Kelantan?
SJK punca jurang antara kaum
Perpaduan kaum perlu bermula di sekolah
SJK: Penduduk Malaysia duduk satu negara, sekolah asing-asing
Siapa di belakang UMNO, BN?
Ternyata Pas kuda tunggangan DAP
Kerajaan tidak perlu apologetik
Saran TV buat dokumentari taraf hidup orang Cina Malaysia
Simpati pengundi ditipu oleh DAP
Wujudkan semula Kementerian Usahawan Bumiputera
Rasiskah Melayu pertahan hak?
Terbalikkan Jalur Gemilang perbuatan biadab, tidak hormat kepada negara
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









