VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Oktober 2014 / 7 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
FEMININ

ARKIB : 14/03/2013

Kelengkapan bayi bawah satu bumbung

MENUNGGU kelahiran cahaya mata terutamanya yang pertama merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan bagi bakal ibu dan bapa.

Banyak persiapan yang perlu dilakukan untuk keperluan lebih-lebih lagi bagi si bayi yang dinantikan sekian lama.

Setiap kali keluar membeli-belah pasti kedai barangan bayi yang akan dituju. Macam-macam barang yang hendak dibeli dan semuanya dilihat comel sahaja.

Selain membeli pakaian, barangan lain yang turut dibeli adalah seperti besen mandi, botol susu, kereta sorong, beg menyimpan susu, alat mengepam susu dan pelbagai barangan lagi.

Inilah juga pengalaman yang pernah dialami oleh Illi Nadiah Ibrahim semasa menantikan kelahiran anak sulungnya, Kayisha Baherah Mohd. Hatta, yang kini berumur setahun enam bulan.

Ilham yang diperoleh semasa mengandungkan Kayisha membuatkan Illi Nadiah terfikir untuk membuka kedai menjual barangan bayi.

''Semasa membeli-belah barangan bayi, saya dapati kebanyakan harganya agak mahal. Setiap bulan saya hanya mampu membeli satu barang sahaja.

''Saya kemudian terfikir untuk membuka sebuah kedai barangan bayi dan merancang untuk menjual dengan harga yang tidak terlalu mahal dan memberikan diskaun bagi sesetengah barang supaya semua orang dapat membelinya.

''Kedai ini yang sama namakan Bebe Totz, istimewa sedikit daripada kedai lain kerana terdapat barangan yang sama harga dengan kedai lain dan ada juga yang harganya kurang.

''Selain itu, barangan ini saya pilih sendiri sebelum membuat pesanan pada pembekal. Biasanya saya akan dapatkan dahulu pendapat pelanggan. Jika mereka suka, baru saya akan membuat pesanan,'' kata Illi Nadiah ketika ditemui di kedainya di Ukay Boulevard, Hulu Klang, Ampang Selangor.

Menurut Illi Nadiah yang memiliki Diploma Perniagaan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), kedai yang dibuka dengan modal RM200,000 melalui hasil jualan kereta serta dibantu oleh keluarganya kini menjadi kebanggaan beliau dan suami, Mohd. Hatta Abdul Malik.

Keluarganya turut berbangga kerana tidak ramai pengusaha wanita bumiputera yang memiliki kedai barangan bayi.

Jelasnya, walaupun kebanyakan barangan bayi di kedainya diperoleh daripada pembekal tempatan, beliau kerap membuat kajian mengenai barangan yang mendapat sambutan di luar negara.

Terdapat barangan yang berjenama dan tidak berjenama kerana Illi Nadiah mahukan semua peringkat pelanggan mampu membelinya.

Barangan berjenama yang terdapat di kedainya diimport dari Amerika Syarikat, Australia, Belanda dan Switzerland.

Katanya, terdapat pelanggan yang mahukan barangan yang mahal dan ada juga yang menghendaki barangan yang murah.

Biasanya barangan yang baru akan dicuba dahulu pada Kayesha sebelum dijual. Dengan ini beliau dapat memberitahu mengenai pengalamannya kepada pelanggan.

Tambahnya, kini jika pergi ke pusat membeli-belah, beliau akan tetap berkunjung ke kedai barangan bayi bagi melihat-lihat barangan bayi yang terbaru.

Bebe Totz yang merupakan pusat sehenti barangan bayi ini menyediakan kelengkapan dan keperluan daripada bayi hingga berumur lima tahun.

Selain dijual di kedai, Illi Nadiah turut berniaga secara di dalam talian. Pelanggannya bukan sahaja di sekitar Lembah Klang malah sehingga di Sabah, sarawak, Terengganu, Kedah, Perlis dan Pahang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.