VERSI : Mobile | Akhbar Digital
27 Julai 2014 / 29 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
FEMININ

ARKIB : 14/03/2013

Pusat sehenti haji, umrah

LALU setelah memikirkan penyelesaian kepada kepayahan yang dihadapi ketika hendak membeli keperluan menunaikan umrah pada tahun 2010, mendorong Nordin sekeluarga mewujudkan BinNurdin, pusat sehenti untuk memenuhi keperluan umat Islam.

Lebih menarik menurut Pengurus nya, Nur Azlin Nordin, selain menyediakan segala kelengkapan bagi keperluan untuk ke tanah suci daripada pakaian untuk beribadat hingga kepada kitab dan tasbih, BinNurdin turut menyediakan ruang kafe bagi memudahkan para pelanggan berehat melepaskan lelah berbelanja.

Kafe tersebut terletak di bahagian bawah bangunan tiga tingkat milik keluarga itu, yang terletak di Seksyen 15, Shah Alam, Selangor.

Kafe yang turut menjual pelbagai makanan ringan dari negara rantau Arab itu, menyediakan hidangan asas seperti kopi, teh dan pencuci mulut.

Pendek kata konsep membeli-belah yang ditawarkan oleh BinNurdin mengambil kira pengalaman dan keselesaan pelanggan membeli belah.

“Nama BinNurdin diilhamkan daripada nama ayah saya, ‘Bin’ dalam bahasa Turki bermaksud ‘beribu’, ‘Nur’ pula adalah cahaya dan ‘Din’ adalah agama. Jadi BinNurdin membawa maksud ‘beribu cahaya agama’.

“Kami memilih konsep Islam dengan binaan di pintu masuk menyamai tiang Masjid Nabawi sesuai dengan konsep keperluan untuk haji dan umrah yang ditawarkan," jelas Nur Azlin yang ditemui di premisnya baru-baru ini.

Mengimbas kembali sejarah penubuhan BinNurdin, Nur Azlin dan ahli keluarga memang mahukan penyelesaian terbaik bagi yang ingin mencari keperluan umrah haji dan kelengkapan lain di bawah satu bumbung.

“Di BinNurdin, semuanya di bawah satu bumbung, kafe, surau berasingan untuk lelaki dan perempuan dalam keadaan yang cukup selesa, tempat letak kereta yang luas dan segala keperluan kelengkapan haji dan umrah boleh didapati di sini.

“Bukan itu sahaja, kami turut menawarkan harga yang kompetitif," kata Nur Azlin.

Beliau mengakui berdasarkan maklum balas yang diterima daripada pelanggan, ramai yang mengatakan harga barangan di BinNurdin agak murah berbanding di tempat lain.

“Sebagai contoh air zamzam, kami tidak kenakan caj kecuali pengangkutan hanya RM100 untuk 10 liter, begitu juga bagi barangan lain," ujarnya.

Nur Azlin berkata, di BinNurdin juga pelanggan boleh mendapatkan kurma ajwa, kurma Mariami, kismis dengan cara timbang, selain pelbagai jus dari Turki dan air botol yang popular di Mekah dan Madinah.

Pengalaman membeli-belah dengan konsep timbang itu sama seperti berada di sebuah pasar kurma di Madinah.

Butik

Bukan setakat keperluan haji dan umrah, di tingkat satu bangunan itu terdapat butik khas untuk Muslimah yang menawarkan pelbagai pilihan jubah.

Lebih menarik, Nur Azlin yang juga pernah mengikuti program memborong dari China anjuran Anzac Consultancy, telah mendapatkan fabrik berkualiti dari China pada harga bagi menghasilkan pelbagai potongan jubah.

Dengan cara itu harga jualan jubahnya lebih berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua golongan.

“Saiz yang ditawarkan di butik bermula daripada S hingga XXL pada harga RM90 dan ke atas. Jubah BinNurdin juga dihasilkan setelah kami menyelesaikan pelbagai masalah jubah di luar yang potongannya ada kala labuh, sempit di bahagian punggung atau dada.

“Kepelbagaian saiz potongan ini memudahkan pelanggan memilih mana satu yang sesuai dengan bentuk tubuh masing-masing.

“Di butik juga terdapat pilihan kurta pelbagai potongan dan warna untuk lelaki, selain kopiah dan jubah yang dijahit sendiri oleh kumpulan tukang jahit kami.

“Begitupun bagi yang inginkan jubah eksklusif kami juga menyediakan jubah dari Dubai," katanya sambil memberitahu tudung haji dan umrah merupakan item terlaris di butik tersebut.

Kelas mengaji

Tidak mahu dilihat perniagaan tersebut sekadar mencari keuntungan semata-mata, Nur Azlin menjelaskan, pihaknya tidak mengabaikan falsafah ‘memberi’ semula kepada masyarakat dengan menyediakan kelas pengajian Bahasa Arab, kelas mengaji dan pelbagai program ceramah untuk orang ramai.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang BinNurdin, ia dibuka setiap hari kecuali pada hari Jumaat bermula pukul 10 pagi hingga 6 petang.

Laman web www.binnurdin.com atau www.facebook.com/binnurdin atau boleh hubungi 03-55233676. - NOOR FAZRINA KAMAL

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.