VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 April 2014 / 24 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
FEMININ

ARKIB : 14/03/2013

Sentuhan jemari wanita

Dr. Mahathir Mohamad bersama Dr. Siti Hasmah Ali melihat lukisan pada Pameran Lukisan Hari Wanita Antarabangsa 2013 di Viva Home Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.

MELIHAT lukisan ekspresi seorang kanak-kanak perempuan sedang ketawa sudah cukup untuk menterjemahkan perasaannya walaupun ia sekadar lukisan tanpa nyawa di atas sekeping kanvas.

Itulah penangan sekeping lukisan. setiap sentuhan dan lakaran mempunyai maksud tersirat yang ingin disampaikan oleh si pelukisnya.

Apatah lagi apabila lukisan tersebut adalah sentuhan jari-jemari seorang wanita yang secara fitrahnya memiliki naluri dan intuasi yang mendalam.

Sentuhan pelukis daripada kalangan wanita terhadap lukisan yang dihasilkan mereka mungkin berbeza dengan kaum lelaki. tetapi pastinya setiap lukisan yang diterjemah di atas kanvas itu mempunyai daya tarikan dan nilai estetika dari kaca mata peminat seni lukis.

Dengan matlamat menghargai bakat dan kreativiti wanita di seluruh dunia dalam bidang kesenian seperti lukisan, satu pameran bertemakan Hari Saya (My Day) telah dianjurkan oleh Art Malaysia sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2013 pada 8 Mac lalu.

Pameran tersebut menghimpunkan lebih 198 lukisan hasil karya pelukis-pelukis wanita dari seluruh dunia, mendapat sambutan menggalakkan daripada peminta seni tanah air.

Pameran dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali bertempat di Dewan Pameran Viva Home Mall, Kuala Lumpur.

Pengarah Urusan Art Malaysia, Alias Hashim berkata, objektif penganjuran pameran tersebut bertujuan mengiktiraf perjuangan wanita dan menyambut kejayaan mereka dalam pelbagai bidang.

“ Pameran ini unik kerana menghimpunkan 91 artis berbakat dari luar negara seperti Malaysia, China, Denmark, Finland, India, Indonesia, Iran, Iraq, Korea, Malaysia, South Afrika dan Taiwan.

“Memandangkan wanita begitu istimewa di hati kita, maka sewajarnya Hari Wanita Antarabangsa disambut meriah sebagai tanda penghargaan buat wanita di luar sana," katanya.

Tambahnya, pengunjung yang datang ke pameran tersebut turut membeli lukisan-lukisan yang dipamerkan di ruang.

“Wang jualan tersebut akan didermakan kepada yayasan anak yatim bagi membantu anak-anak yatim yang tidak berkemampuan dari segi kewangan dan pembiayaan pelajaran," katanya.

Orang ramai yang berminat untuk menerokai sentuhan seni lukisan-lukisan tersebut boleh melayari maklumat lanjut mengenai pameran dan Art Malaysia di www.artmalaysia.com.my/IWD.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.