VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Oktober 2014 / 6 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
FEMININ

ARKIB : 09/02/2013

Formulasi antipenuaan terbaharu Dermalogica

RANGKAIAN Sistem Perlindungan Harian Dermalogica yang telah dipertingkatkan keupayaannya.

SINAR matahari adalah 'musuh' wanita dalam usaha mendapatkan kulit yang halus, licin dan bebas daripada noda-noda hitam.

Pada amnya, matahari mempunyai kesan yang kuat ke atas kulit, mata dan badan yang mana kadang-kala produk-produk pelindung matahari tidak cukup kuat untuk melawan kesan yang memudaratkan daripada pancaran lembayung ungu (UV).

Kajian menunjukkan bahawa sinaran UV menyebabkan kulit menjadi kemerahan, kerosakan DNA dan juga mencetuskan pembentukan radikal bebas yang mengganggu bahan selular.

Radikal bebas yang juga dikenali sebagai Reactive Oxygen Species (ROS) adalah molekul yang tidak stabil yang dapat mengubah DNA, fungsi enzim dan proses-proses penting lain.

Pembentukan radikal bebas dalam kulit, serta kesan merosakkan akibat sinaran UV, akhirnya menyebabkan kulit yang terdedah kepada matahari berubah seperti pigmentasi, kedut, keratosis aktinik, malah kanser kulit.

Pengurus Pendidikan untuk Dermalogica di EIG Bhd., Jesie Hong, berkata, duduk dalam kereta, di bawah sinaran matahari setiap hari, selama bertahun-tahun boleh menyebabkan hiper-pigmentasi.

Ia juga akan mempercepatkan kemunculan tanda-tanda penuaan jelas yang lain pada muka, leher dan tangan.

Justeru, dalam usaha memberi perlindungan terhadap kesihatan kulit, baru-baru ini Dermalogica telah memperkenalkan formulasi baharu rangkaian Sistem Perlindungan Harian yang dipertingkatkan.

Ia merupakan produk perlindungan matahari untuk pelbagai jenis kulit dan keperluan, dengan sistem keberkesanan, ketahanan dan pemakaian yang lebih baik.

"Formulasi yang dipertingkatkan ini semestinya merupakan berita baik kepada para pelanggan di Malaysia, di mana kita menikmati matahari hampir sepanjang tahun, terutamanya bagi mereka yang mahukan tona kulit sekata atau lebih cerah," kata Jesie.

Katanya, bagi memastikan tahap perlindungan yang tertinggi dan mengekalkan rumusan perlindungan matahari untuk kulit ini, Dermalogica menggunakan dua kaedah canggih untuk merangsang prestasi produk iaitu yang pertama, UV Smart Booster Technology yang menggabungkan bahan antioksida untuk perlindungan yang dipertingkatkan daripada sinaran UV dan radikal bebas.

Ini membolehkan bahan antioksida penting seperti Vitamin C dan E diperangkap di dalam kapsul mikro yang akan diaktifkan apabila perlu. Vitamin dilepaskan apabila terdedah kepada sinaran UV, memberi perlindungan yang dipertingkatkan ketika amat diperlukan.

Keadah kedua adalah Teknologi Oleosome iaitu dua produk yang dirumuskan semula, Solar Defense Booster SPF50 dan Oil Free Matte SPF30.

Oleosome adalah minyak pelembap dan Vitamin E semula jadi yang terdapat di dalam biji kesumba. Molekul unik ini boleh memberi bahan aktif seperti pelindung matahari secara terus ke permukaan kulit dan melepaskannya sedikit demi sedikit bagi memastikan manfaat kulit yang maksimum.

Ciri ini penting apabila merumuskan bahan dengan menggunakan pelindung matahari kimia kerana membolehkan kadar SPF yang lebih tinggi, di samping menggunakan agen pelindung matahari yang sedikit, mengurangkan kemungkinan masalah sensitiviti dan memberi rasa yang selesa apabila digunakan.

Solar Defense Booster SPF50 dan Oil Free Matte SPF30 Dermalogica yang baharu dengan Teknologi Oleosome boleh memberikan lebih banyak perlindungan UV tanpa rasa berminyak atau berkapur, sekali gus meningkatkan lagi kepuasan pelanggan.

Sistem Perlindungan Harian ini digabungkan dalam pelbagai rangkaian penjagaan kulit Dermalogica dalam empat pakej produk iaitu Oil Free Matte SPF30 (RM230), Solar Defense Booster SPF50 (RM278), Ultra Sensitive Tint SPF30 (RM176) dan Super Sensitive Shield SPF30 (RM220).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:06
Asar 4:16
Maghrib 7:07
Isyak 8:16


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.