VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 September 2014 / 23 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
FEMININ

ARKIB : 09/01/2013

Warna blok untuk saiz besar

Bersaiz besar tidak perlu bimbang untuk mengenakan warna-warna blok kerana dengan fesyen yang sesuai penampilan masih menyerlah.

Melalui trend warna blok ini boleh dikatakan semua warna 'masuk' hanya memerlukan sedikit keberanian untuk lari daripada kebiasaan.

Tidak terkecuali bagi mereka yang bersaiz besar yang sebelum ini cukup tabu dengan warna-warna terang.

Pilihan golongan ini biasanya warna-warna gelap dengan anggapan mahu menyembunyikan 'lebihan dagangan' yang kurang enak dipandang.

Melanggar 'pantang' tersebut, jenama pakaian bersaiz besar, Flow, tampil dengan koleksi warna-warna blok yang disifatkan cukup serasi dengan mood ceria musim bunga.

Bagaikan ledakan warna-warna terang, koleksi yang membawa tema Rentak Retro ini berilhamkan gaya retro 70-an dengan sedikit suntikan moden.

Tunik dan blaus labuh diberi pesona baru dengan warna-warna menawan seperti merah jambu karang, fuchsia dan hijau avokado, manakala blaus tanpa lengan nampak hebat dengan percikan warna oren tangerin bagi mencetuskan kontra warna yang segar dan bertenaga.

Bagi memberi impak keluk tubuh yang lebih langsing, pilih blaus hitam dan putih dengan sedikit sentuhan warna blok pada leher, hujung lengan dan kaki baju.

Koleksi musim bunga 2013 ini juga diserlahkan lagi dengan corak cetakan (print) yang minimalis, selain corak jalur yang sememangnya jadi pilihan sepanjang zaman.

Sebagai contoh dres paras lutut dengan corak jalur geometrik manakala blaus pendek dengan potongan jalur menyerong menyerlahkan lagi keluk badan.

Ilham retro nyata terserlah pada blaus kolar mandarin dengan corak polka dot untuk gaya yang santai.

Untuk gaya lebih feminin pula, pilihan sesuai mungkin dres longgar dengan corak warna-warna abstrak dipadan bersama top leher hud.

Begitu juga dengan dres potongan empire tanpa lengan dan bersama top tanpa bahu dalam rona ungu dan hijau zamrud pilihan sempurna untuk menampilkan gaya lebih seksi dan anggun.

Tidak ketinggalan juga bluas potongan kimono daripada fabrik georgette selain kardigan yang menambah lapisan dan gaya pakaian anda.

Dipadan pula dengan denim atau legging yang didatangkan dalam warna kuning, merah jambu, hijau dan biru kobalt bagi suai padan yang mudah dan segar.

Label yang mempunyai rangkaian koleksi daripada pakaian untuk ke pejabat hingga ke majlis makan malam, boleh diperoleh pada saiz bermula daripada AS8 (UK10/12) hingga kepada AS18 (UK20/22). - SITI ZALEHA JORIMAI

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:22



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.