VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 April 2014 / 23 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
FEMININ

ARKIB : 10/11/2012

Rangkaian terbaru Safi Balqis

Shila Amzah (dua dari kiri) dan staf Safi Balqis menunjukkan produk terbaharu jenama itu di Kuala Lumpur.

SETIAP gadis dan wanita mengimpikan wajah yang cantik berseri tanpa sebarang noda walaupun tidak mengenakan solekan.

"Wajah yang cantik bermula daripada kulit yang sihat dan untuk mendapatkan kesihatan wajah, penjagaan dan pemilihan produk kecantikan yang sesuai haruslah dititik beratkan," kata Pengurus Produk Kumpulan Safi, Mahsuri Sulaiman dalam majlis pelancaran rangkaian produk terbaru Safi Balqis Perfect 10 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam majlis itu, rangkaian trio Safi Balqis Perfect 10 iaitu losen pelembap kawalan minyak, gel pengelupasan, dan krim BB SPF30 PA++ telah diperkenalkan kepada orang ramai.

Bagi rangkaian losen pelembap kawalan minyak SPF 15, teksturnya yang ringan serta tidak berminyak mampu mengawal penghasilan minyak berlebihan, selain diperkaya dengan Nano Biowhite yang mencerahkan kulit serta Nano Q10 yang mampu mengekalkan keanjalan kulit.

Untuk menghilangkan sel-sel kulit mati dan bintik-bintik pada kulit pula, gel pengelupasan Safi Balqis Perfect 10 memastikan hari-hari kamu lebih bertenaga.

Dalam pada itu, rangkaian terakhir yang diperkayakan dengan vitamin E, krim BB SPF30 PA++ dapat merawat dan melindungi sel kulit dari dalam serta Nano BioWhite dan Nano Q10 yang mencerah, menganjalkan dan melembutkan kulit wajah dalam masa 14 hari.

Bagi mereka yang ingin merasai keajaiban produk baru ini, dapatkan rangkaian trio ini di semua kedai yang menjual produk Safi Balqis Perfect 10.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.