ARKIB : 11/08/2012
Trend Aidilfitri 2012
PASTINYA setiap antara kamu mahu kelihatan cantik dan segak terutamanya ketika menyambut hari pertama di bulan Syawal.
Namun, gaya kamu belum boleh memukau mata yang memandang sekiranya baju yang digayakan hanya biasa dan tidak mengikut trend.
Setiap tahun, akan muncul trend baru. Trend ini menambahkan seri pada hari pertama raya terutamanya kepada si pemakainya.
Apakah trend baju kurung dan baju Melayu untuk tahun ini? Pastinya kamu tertanya-tanya?
Baru-baru ini .com sempat singgah ke beberapa butik sekitar ibu kota untuk melihat trend baju raya tahun ini.
Diharapkan, ia dapat menjadi sumber inspirasi kepada kamu semua untuk tampil dengan pakaian yang memukau di Hari Raya.
Efek mewah kurung dress
JIKA sebut fasal baju kurung semua akan memikirkan dua pasang pakaian iaitu baju dan kain, namun fesyen raya kali ini semenangnya amat menarik kerana kedua-duanya digabungkan seperti rekaan dress ataupun potongan jubah.
Bukan sahaja tampak lebih anggun dan bergaya bahkan elegan dengan baju mengikut potongan badan menyerlahkan lagi keayuan si pemakai.
Menggunakan kain jenis sifon serta ditambahkan manik-manik yang cantik daripada batu permata swarovski membuatkan baju itu tampak eksklusif dan amat bersesuaian dengan fesyen raya kali ini.
Manik-manik yang disusun di bahagian leher hingga ke dada dan juga di bahagian lengan baju menimbulkan efek mewah kepada baju kurung dress ini.
Penggunaan rona-rona pastel dan lembut serta polos juga menjadi identiti kepada kurung dress yang tampil pada tahun ini, tidak kurang juga bagi mereka yang berani menggenakan rona-rona terang.
Bagi pakaian lelaki pula, rekaan baju Melayu sememangnya sama dengan mengekalkan dua pilihan popular iaitu baju Melayu cekak musang dan juga teluk belanga.
Namun, bagi melihatkan kelainan pada baju Melayu tahun ini, penggunaan benang-benang terang pada jahitan di bahagian kocek, leher dan hujung lengan.
Warna yang digunakan adalah lebih terang dari warna baju bagi menampakkan kesan jahitan yang kemas dan eksklusif.
Kain yang digunakan adalah daripada jenis linen dan sutera sifon di samping baju jenis kain kapas dan satin.
SYED ZAIN ALHADAD
Pereka dan perunding fesyen
Bjuti Boutique, Maju Junction Mall, Kuala Lumpur.
<--MORE!-->
Rambut tidak sihat jejas penampilan
Syikin tidak pernah jemu melukis
Pilihan selendang
Kebangkitan gaya Tribal
Sandy Selebriti Facebook
Miliki kulit sihat
Berani,bergaya,elegan
Aurawhite dulu, kini Auraslim
Luahkan kasih sayang
Mandi bunga naik seri
Elemen Melayu moden
Mandian aroma buah-buahan
Gaya anggun milik Muslimah
Pesona Fazrena
Tampil anggun di majlis makan malam
Fesyen ranggi, lawa
Kulit lindungi radiasi
Ain miliki bakat terpendam
Wanita besi Shell
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









