VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 Oktober 2014 / 8 Zulhijjah 1435  
  Carian Arkib
FEMININ

ARKIB : 08/08/2012

Generasi ketiga Omar Ali

DUA beradik, generasi ketiga Omar Ali yang terkenal dengan pembuatan baju Melayu, kini menerajui perniagaan pakaian melalui butik yang diberi nama BMO.

Denny Iskhandar Bahtiar Afandi, 30 dan adiknya, Mohd. Zulhelmi, 26, menjual pakaian lelaki terutamanya baju Melayu mempunyai kualiti yang tidak perlu dipertikaikan lagi.

"Istimewanya ialah potongan baju Melayu kami dan rekaannya yang menarik. Kami mencari ilham bagaimana baju Melayu bukan saja boleh dipakai pada hari raya malah boleh ke majlis santai juga.

"Selain rekaan, kualiti juga amat dititikberatkan bermula daripada fabrik hinggalah ke bahagian pembungkusan. Semuanya dihasilkan di sini," jelas Denny yang ditemui di butiknya yang terletak di Taman Cahaya, Ampang, Selangor baru-baru ini.

Memilih Zalora, Denny berkata, ia sebagai platform terbaik kerana dapat menyertai gedung maya terbesar di negara ini.

"Kami berbangga kerana dapat menyertai Zalora. Kami juga bertuah kerana mengetahui laman web ini dikunjungi lebih 400,000 pengunjung sehari jadi apa salahnya kami bekerjasama sebagai co-branding jenama kami.

"Sebelum ini memang ada niat untuk menjual di dalam talian tapi selepas melihatkan kebolehan Zalora dalam pemasaran dan pengurusan pembelian dalam talian maka kami tidak mengambil masa yang lama untuk menyertainya," katanya.

Sementara itu menurut Mohd. Zulhelmi pula, di bawah Zalora, BMO menawarkan pakaian tradisional baju Melayu, aksesori termasuk samping songket, butang dan kafling.

"Lebih menarik baju Melayu yang dijual di talian tidak terdapat di butik kami, jadi pelanggan tidak harus melepaskan peluang mendapatkannya," jelasnya yang juga berkelulusan dalam bidang fesyen dari Universiti Limkokwing.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:45
Zohor 1:05
Asar 4:16
Maghrib 7:06
Isyak 8:15


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.