VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
FEMININ

ARKIB : 08/08/2012

Simfoni Kasih Tomei

Set Simfoni Kasih menceriakan lagi sambutan Syawal.

AIDILFITRI bakal menjengah. Apa yang pasti segala persiapan semakin rancak daripada persalinan raya hingga kepada perhiasan rumah dan sajian-sajian istimewa.

Sebagaimana kelaziman, bagi sesetengah wanita 'tak sah' sambut raya tanpa barang kemas baru biarpun orang kata sekadar rantai sehalus janggut udang.

Di jauhari emas terkenal, Tomei, saat ini merupakan tempoh terbaik untuk meraikan para pelanggannya dengan memperkenalkan koleksi terbaru sempena Syawal yang diberi nama Simfoni Kasih.

Koleksi indah barangan kemas berlian dan emas yang anggun ini ibarat pengerat kasih pada musim perayaan sebegini.

Pengurus Kanan Pemasarannya, Christine Lim berkata, Simfoni Kasih ibarat sebuah irama merdu yang menjalinkan kemesraan antara insan di kala menyambut Syawal.

"Justeru bagi menghargai pelanggan kami yang menyambut Aidilfitri kami tampilkan koleksi-koleksi yang cukup istimewa melalui rekaan eksklusif, mewah dan elegan," katanya.

Menurutnya, melalui promosi itu, Tomei menawarkan pelbagai barang kemas daripada berlian dan emas daripada jenama-jenama yang bertaraf antarabangsa.

Keluaran khas hari raya ini, Simfoni Kasih boleh diperoleh serentak dipasaran bermula 13 Julai lalu di semua cawangan Tomei di seluruh negara.

Koleksi musim raya ini tampil dengan dua set aksesori dengan rekaan sensasi yang boleh dipadan dengan kebaya dan baju kurung.

Unsur 'kerongsang' dan 'ketupat' digunakan dalam set-set emas ini seiring dengan nilai-nilai tradisi kemelayuan.

Sempena kelahiran Simfoni Kasih ini juga, ditampilkan beberapa siri baru Fantasia, Kelip-Kelip Bintang, Flora dan Antik Cinta Berlian.

Orang ramai juga boleh memilih koleksi Anastasia, merupakan koleksi terulung Tomei yang pertama kali diperkenalkan pada Mei lalu.

Anastasia berlandaskan konsep fesyen aksesori yang glamor memperlihatkan rantai leher emas panjang, yang boleh dipadankan dengan baju labuh feminin atau pakaian pejabat.

Dalam pada itu pada bulan ini, Tomei turut mengadakan Jualan Hebat Raya serta pengenalan Kempen Peraduan RM100 Untuk 1 + 1 Karat Berlian.

Kempen RM100 tersebut kembali dengan hadiah utama yang lebih sensasi dengan tambahan hadiah berlian untuk dimenangi.

"Khas untuk raya tahun ini juga, Jewel Club, keahlian pelanggan Kumpulan Tomei, sekali lagi memperkenalkan Kempen RM100 baucer tunai sebagai bonus untuk semua.

"Melalui kempen ini, pelanggan boleh membeli baucar tunai RM100 pada harga RM80 sahaja dan boleh digunakan ke atas semua kategori produk di Tomei," kata Christine.

Dalam masa yang sama mereka boleh menyertai Peraduan RM100 Untuk 1 + 1 Karat Berlian yang berjalan dari bulan Julai sehingga bulan Disember ini.

Hadiah utama ialah dua butir berlian 1 karat di samping pen berlian jenama antarabangsa Le Lumiere setiap bulan selama enam bulan untuk dimenangi.

Tahun lepas, Tomei telah memberi enam butir berlian 1 karat sebagai hadiah bulanan untuk kempen RM100.

Tahun ini, berikutan sambutan yang menggalakkan kempen RM100 ini kembali lagi dengan hadiah yang lebih lumayan untuk kesemua pelanggannya.

Di samping itu Peraduan Berlian Bernilai RM3,800 melalui Facebook MyTomei juga sedang berlangsung.

Pelanggan yang layak hanya perlu klik pada butang "Suka" untuk berpeluang memenangi berlian bernilai RM3,800.

Untuk layak mereka hanya perlu memuat turut gambar yang mempunyai latar belakang logo Tomei, serta melengkapkan slogan.

Ini adalah peraduan sampingan untuk kesemua penggemar jenama Tomei sempena musim penghujung tahun seperti ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.