VERSI : Mobile | Akhbar Digital
28 Ogos 2014 / 2 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
FEMININ

ARKIB : 02/08/2012

Seni ukiran emas dari Thailand

Prida Tiasuwan (tiga dari kiri) bersama Ng Yih Pyng (dua dari kiri) pada majlis pengenalan Prima Gold di cawangan Tomei, Sunway Pyramid, Bandar Sunway, Selangor, baru-baru ini.

BUKAN calang-calang pengukir emas layak melakukannya kerana paling kurang perlu menjalani skim perantis selama 10 tahun sebelum layak menjadi pengukir emas di Prima Gold.

Kenapa agaknya begitu tegas sekali kriteria yang dikenakan? Sudah tentu kerana ia bukan satu hasil seni yang biasa.

Jika diteliti pada setiap barangan kemas yang dihasilkan, ternyata buatannya amat halus dan begitu terperinci. Setiap permukaan emas 24 karat asli ini diukir dengan garisan yang halus lagi teliti.

Garis halus yang diberi nama garisan sutera ( silk line ) ini hanya boleh dilakukan dari hati dan minat serta kesungguhan yang tinggi terhadap seni ukiran emas asli.

Berasal dari Thailand, negara yang terkenal dengan hasil kreatif pengukir berbakat besar, Prima Gold mula dipasarkan pada Disember 1992 di Bangkok.

Pengarah Urusannya, Prida Tiasuwan berkata, dengan pengalaman lebih 20 tahun di pasaran, jenama tersebut telah berjaya menarik minat pembeli bukan saja di Asia malah hingga ke Asia Barat.

"Jenama ini menambat hati peminat barangan kemas dengan rekaan unik yang sekali gus melambangkan keaslian serta keindahan emas 24 karat.

"Ini adalah dedikasi khas untuk individu yang mahukan sesuatu yang elegan dan sofistikated," ujarnya ketika majlis pengenalan Prima Gold di cawangan Tomei, Sunway Pyramid, Bandar Sunway, Selangor, baru-baru ini.

Hadir sama pada majlis itu Pengarah Urusan Tomei, Ng Yih Pyng; Pengarah Eksekutif Tomei, Ng Sheau Yuen dan Pengurus Pemasaran Jenama Proma Gold, Pakkawadee.

Menurut Prida, kejayaan Prima Gold yang kini mempunyai lebih 43 cawangan di Thailand terletak kepada aksesori mereka yang unik dan luar biasa, bukan sekadar barangan kemas yang biasa dipakai wanita.

"Rahsia kami adalah hasil kerja artis yang berjaya menghasilkan satu rekaan daripada emas asli. Dari jongkong emas biasa hingga menjadi perhiasan yang penuh eksklusif dan menawan sesiapa sahaja yang memandangkan. Ia satu hasil kerja yang amat dihargai semuanya dari hasil kreatif artis kami sendiri.

"Sebelum menghasilkan sesuatu rekaan, banyak kajian dan proses perlu dilalui. Kami juga menggabungkan hasil kerja tangan dengan teknologi.

"Untuk membuat garisan halus atau apa jua motif atas emas tersebut amatlah mencabar. Hanya pengukir yang pakar sahaja boleh menterjemah apa yang dimahukan oleh pereka emas," jelasnya.

Prida menambah, untuk mendapatkan hasil garisan silk line yang seragam, tangan si pengukir haruslah tetap, terkawal dan tepat.

Kemudian hasil tersebut akan melalui proses kilauan yang menggunakan alat khas supaya dapat memberi perbezaan pada kilauan daun dan kelopak bunga.

"Antara motif yang menjadi minat pelanggan kami ialah bunga, tumbuhan, burung, rama-rama dan metafora yang memberikan pelbagai maksud dan keperluan seseorang.

"Sejak bertahun pelbagai inspirasi diambil dan nama-nama khas telah diberi untuk setiap koleksi, antaranya ialah seperti Queen of Roses, Allamanda, Mermaid Rose, Orchid Delight, Princess Flora, Miracle Touch dan banyak lagi. Setiap koleksi menampilkan rekaan yang cantik lagi eksklusif," jelasnya.

Bersempena pengenalan Prima Gold kepada media yang juga serentak dengan ulang tahun ke-20 Prima Gold, ia boleh didapati di promosi bergerak yang akan berlangsung hingga 8 Ogos 2012 di Tomei cawangan Alamanda, Putrajaya.

Terdapat juga promosi Prima Gold untuk Hari Raya ini bagi pemegang kad kredit atau debit BSN di mana hadiah percuma berupa uncang biru apabila pelanggan membeli Prima Gold dari sekarang hingga September 2012.

Untuk maklumat lanjut boleh kunjungi laman web www.tomei.com.my atau www.facebook.com/mytomei atau hubungi 03-8889 4667.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:17
Asar 4:28
Maghrib 7:22
Isyak 8:32


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.