VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 April 2014 / 17 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
FEMININ

ARKIB : 01/08/2012

Kulit bak sutera

Dr. Anjalee Mohandes Nair menunjukkan kaedah menggunakan mesin SilkPeel

KLINIK kecantikan sentiasa mencari penyelesaian untuk masalah kulit yang dialami kebanyakan wanita.

Sebaiknya masalah jerawat, jeragat, kedutan, warna kulit tidak sekata dan sebagainya ditangani dengan mudah tanpa kesan sampingan yang banyak.

Di Face Factor Clinic yang terletak di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur, menawarkan perkhidmatan yang dinamakan SilkPeel khusus untuk merawat wajah yang bermasalah.

Menurut Dr. Anjalee Mohandes Nair, teknologi dan rekaan yang telah dipatenkan ini adalah satu kaedah rawatan yang menegangkan semula kulit wajah tanpa perlu melakukan pembedahan.

"Ia merupa prosedur terbaru yang menggabungkan penggunaan mesin SilkPeel dan rangkaian produk yang membantu membekalkan khasiat diperlukan kulit.

"Rawatan ini dilakukan oleh ahli fizik atau terapi kecantikan terlatih dan tidak berasa sakit," ujar Dr. Anjalee.

Beliau berkata, masa rawatan juga lebih singkat iaitu kira-kira 20 minit.

Istimewanya tentang SilkPeel ini ialah penggunaan hujung aplikasi yang ada pelbagai saiz mengikut keadaan kulit seseorang.

"Hujung mesin SilkPeel ini juga ada berlian yang berfungsi memaksimumkan penyerapan cecair daripada produk rawatan ke dalam kulit.

"Hujung aplikasi ini juga menyedut bintik putih dan cela serta lebihan minyak pada wajah.

"Setelah melalui rawatan yang pertama, proses untuk rawatan susulan juga semakin berkesan dan mudah.

"Rawatan SilkPeel ini sebenarnya amat baik untuk masalah kekeringan kulit, kecerahan dan kulit berjerawat.

"Selepas rawatan, kulit akan terasa sedikit panas, lebih berseri dan berwarna merah jambu, bagaimanapun kesan ini akan hilang selepas 30 minit apa yang tinggal ialah kulit anda yang selicin dan selembut sutera," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.