VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 September 2014 / 24 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
FEMININ

ARKIB : 01/08/2012

Manik eksklusif

Kurung moden dengan hiasan lebuci untuk dipakai di pagi raya.

SENTUHAN pakar jahitan manik dari butik T&T memang mempunyai aura yang tersendiri. Apa tidak, hampir setiap hasil rekaan pada bahagian dada dan pergelangan tangan baju mempersonakan sesiapa sahaja yang memandang.

Baju kurung atau gaun labuh dengan fabrik tanpa corak terus sahaja tampak menyerlah dengan perincian manik serta labuci yang dijahit penuh teliti dan kemas.

Reka letaknya juga memang kreatif dengan elemen tiga dimensi yang nampak timbul ekoran penggunaan labuci yang berlapis-lapis.

Pemilik butik, Hayati Muslim berkata, salah satu keistimewaan di butiknya ialah setiap hasil corak manik adalah eksklusif dan tidak sama pada rekaan yang lain.

"Kalau baju kurung tersebut telah dijual kami tidak akan melakukan corak manik yang sama pada baju lain, jadi ia memang eksklusif," kata Hayati yang ditemui di butiknya yang terletak di Pusat Membeli Belah Ampang Park, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hayati berkata, bersempena Hari Raya Aidilfitri, butik T&T mempertaruhkan koleksi maxi bercirikan kontemporari dengan perincian manik berat.

Malah hasil kreativiti kumpulannya turut menghasilkan kombinasi warna dengan pilihan suai padan bagi mereka yang mahukan sesuatu yang lain daripada kebiasaan.

"Untuk koleksi kurung moden, kami mengenengahkan susunan manik yang begitu kemas dan yang penting ia manik terbaru dalam koleksi hari raya ini.

"Kami juga yakin gaun labuh mempunyai peminat yang tersendiri kerana ia boleh digayakan oleh mereka yang bertudung bukan saja pada hari lebaran malah ke pejabat atau ke majlis formal," katanya.

Menurut Hayati lagi, butiknya bukan hanya menawarkan busana dengan jahitan manik eksklusif malah fabrik yang digunakan juga dipelihara kualitinya.

Antara fabrik yang digunakan dalam penghasilan baju kurung dan gaun labuh ialah seperti sifon dan krep.

"Untuk baju kurung sedia dipakai kami mempunyai koleksi untuk saiz bermula XS hingga XL. Manakala untuk gaun labuh pula koleksi yang ada di butik ini adalah yang bersaiz S dan M.

Bagaimanapun kami menerima tempahan untuk memastikan gaun tersebut benar-benar sesuai dengan bentuk tubuh," ujar Hayati yang telah menjalankan perniagaan di situ sejak tahun 1997.

Walau telah hampir 15 tahun dalam pasaran, butik T&T masih mendapat perhatian pelanggan.

Antara rahsia Hayati ialah kerana dia mengeluarkan fesyen yang mengikut peredaran masa.

"Kami bersyukur kerana mempunyai pelanggan yang sememangnya mahukan jahitan manik. Jadi apabila berbicara tentang baju kurung manik eksklusif butik T&T menjadi pilihan mereka," jelasnya yang mengakui menerima pelanggan dari serata negeri di tanah air.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.