VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 September 2014 / 24 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
FEMININ

ARKIB : 31/07/2012

Hindari gemuk

Penggunaan mesin G5 bagi membantu memecahkan lemak.

BENTUK badan yang cantik bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan diri, tetapi membantu seseorang itu mudah untuk memilih jenis pakaian yang diingini.

Oleh demikian, jika anda ingin cantik dalam masa yang singkat dan sedang mencari kaedah yang selamat dan berkesan, apa kata memilih rawatan pelangsingan badan yang ditawarkan di Seri's Spa.

Pengarah Seri's Spa, Seri Syamsidatul Safrun Mohd Thani, 31, berkata, rawatan yang berharga RM45 boleh dicuba oleh semua golongan wanita yang mempunyai masalah berat badan.

"Mereka yang mempunyai masalah hilang bentuk badan kerana melahirkan anak, pernah melakukan pembedahan dan mempunyai masalah perut buncit sesuai melakukan rawatan ini.

"Rawatan ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk mendapatkan hasil yang baik dan perut cepat kurus.

"Langkah pertama adalah perut pelanggan akan diletakkan dengan skrub halia dan kopi. Kemudian biarkan ia selama tiga minit sebelum dicuci.

"Urutan skrub pada bahagian perut membantu membuang angin dalam badan dan menanggalkan selulit yang menyebabkan bahagian badan nampak cacat," katanya.

Katanya, rawatan seterusnya diikuti dengan urutan pelangsingan menggunakan krim. Krim tersebut akan diletakkan pada bahagian perut dan diikuti dengan urutan memusing dari atas ke bawah.

"Urutan ini bertujuan melembutkan permukaan kulit disamping memecahkan lemak yang terkumpul," katanya.

Tambahnya, bahagian perut pelanggan akan diurut sekali lagi dengan menggunakan mesin G5. Biarkan ia selama lima minit supaya lemak yang terkumpul pecah dan hilang.

"Seterusnya, perut akan disapu dengan krim pelangsingan sebelum melalui proses membungkus menggunakan plastik khusus selama 15 hingga 20 minit bertujuan membentuk kembali badan supaya kekal langsing," katanya.

Sebarang maklumat lanjut boleh lawati Seri's Spa di no 29-1, Jalan Seri Putra 1/2, Bandar Seri Putra, Bangi atau hubungi 03-89263207.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.