ARKIB : 29/07/2012
Amelia mencipta nama
Ini identiti saya. Jaket, but dan cermin mata," ujar pereka fesyen muda, Amelia Hassan, 25, semasa sesi fotografi baru-baru ini.
Kata Amelia, dia amat meminati tema rock n roll dan funky. Sebab itu, ke mana sahaja dia pergi, inilah imej yang dipilih.
Minatnya dalam dunia rekaan fesyen bermula sejak dia menceburi bidang peragaan secara sambilan ketika mengikuti pengajian Diploma Sains Komputer.
Selepas menamatkan pengajian, Amelia mengambil keputusan menyambung pelajaran di Isntitut Fesyen TC, Bukit Bintang, Kuala Lumpur dalam bidang rekaan fesyen.
"Saya sentiasa memperbaiki diri dengan menyertai pelbagai pertunjukan fesyen seperti Malaysian International Fashion Alliance (MIFA) dan Festival Seni, Muzik dan Gaya Antarabangsa (MASiF)," ujarnya yang kini memiliki butik sendiri.
Bercerita lanjut tentang konsep fesyen yang ditampilkan, Amelia mempunyai cerita sendiri.
Katanya, selepas menunaikan umrah Julai lalu, Amelia mendapat hidayah untuk bertudung.
"Alhamdulillah, rezeki saya mencurah-curah selepas itu. Kebetulan, ramai pelanggan yang mahukan pakaian konsep Muslimah. Saya turut menghasilkan busana anggun dan moden sekiranya diminta oleh pelanggan," ujarnya yang mengamalkan pemakanan suplemen dan sihat untuk lebih bertenaga ketika Ramadan.
Dalam pada itu, Amelia merancang untuk menghasilkan pakaian siap dengan jenamanya sendiri, AmeliaHassan pada tahun hadapan.
"Saya mahu menyediakan pakaian siap untuk ke pejabat, majlis dan musim perayaan pelbagai saiz," katanya yang minat membaca buku.
Penghargaan untuk ibu
Erlina bukti keupayaan di usia muda
Perincian pemilihan fabrik
Menyanjung wanita
Masturah bukti boleh berjaya
Lembut tidak bererti lemah
Kasut bentuk penampilan wanita
Haruman beri keyakinan
Keselesaan busana Orkid
Dr. Miza keluar dari zon selesa
Rambut tidak sihat jejas penampilan
Syikin tidak pernah jemu melukis
Pilihan selendang
Kebangkitan gaya Tribal
Sandy Selebriti Facebook
Miliki kulit sihat
Berani,bergaya,elegan
Aurawhite dulu, kini Auraslim
Luahkan kasih sayang
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









