ARKIB : 24/07/2012
Simfoni kasih Tomei
Kilauan emas yang pastinya memukau pandangan jarang sekali mengecewakan dalam melengkapkan penampilan wanita.
Sudah menjadi lumrah di mana wanita dan logam kuning yang berharga ini seperti kawan karib yang tidak dapat dipisahkan.
Terbaru, jauhari emas terkenal, Tomei, melancarkan koleksi hiasan emas sempena musim lebaran yang akan datang.
Pengurus Kanan Pemasaran Tomei, Christine Lim berkata, berlian emas putih dan koleksi emas diwujudkan pada tahun ini dan akan terus berkembang sekali gus menjadi erti sebenar kasih sayang antara manusia.
Katanya, bagi sesetengah wanita yang berkemampuan, persediaan menyambut hari raya termasuklah membeli barang kemas baru selain menukar perabot atau permaidani.
Berdasarkan corak pembelian barang kemas di Tomei, masyarakat Melayu biasanya lebih gemar membeli emas kuning kerana warna kuning lebih terpancar dan berseri.
Manakala emas putih pula biasanya diminati oleh golongan muda lebih-lebih lagi bertatahkan berlian.
Sementara itu, sempena kedatangan Aidilfitri tidak lama lagi, Tomei tidak ketinggalan untuk sama-sama memeriahkan dengan memperkenalkan koleksi terbaru barang kemas yang lebih cantik.
Beliau berkata, tiga set sensasi bakal menarik perhatian iaitu koleksi simfoni kasih, koleksi fantasia dan koleksi flora bagi mencetuskan kemewahan seni ukiran emas sebenar. Selain itu turut ditampilkan anting-anting impian yang anggun dan menarik.
Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan iaitu bermula RM900 hingga RM15,900 atau lebih bergantung kepada harga pasaran emas dan yuran buatan tangan.
Lembut tidak bererti lemah
Kasut bentuk penampilan wanita
Haruman beri keyakinan
Keselesaan busana Orkid
Dr. Miza keluar dari zon selesa
Rambut tidak sihat jejas penampilan
Syikin tidak pernah jemu melukis
Pilihan selendang
Kebangkitan gaya Tribal
Sandy Selebriti Facebook
Miliki kulit sihat
Berani,bergaya,elegan
Aurawhite dulu, kini Auraslim
Luahkan kasih sayang
Mandi bunga naik seri
Elemen Melayu moden
Mandian aroma buah-buahan
Gaya anggun milik Muslimah
Pesona Fazrena
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









