VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
FEMININ

ARKIB : 24/07/2012

Bawal Aidijuma

Norjuma beramah mesra dengan salah seorang pelanggan yang datang ke butiknya di Pasar Seni.

Kerana minat dan obses itu juga, beliau kini boleh tersenyum lebar dengan rezekinya dalam bidang fesyen bertudung yang dilihat semakin dapat diterima di pelbagai golongan tidak kira peringkat umur.

Kelahiran pelbagai jenis tudung membuatkan wanita ini maju satu langkah ke hadapan dengan membuka sebuah butik yang dinamakan tudung bawal Aidijuma di Pasar Seni, Kuala Lumpur.

Menurutnya, butik Aidijuma masih ‘hijau’ usianya di mana pada Mac 2012 kedainya mula dibuka dan namun kini semakin dikenali orang.

“Alhamdulillah saya sangat bersyukur dengan apa yang saya miliki sekarang dan pelanggan semakin ramai dan bijak memilih kualiti tudung yang mereka suka," katanya.

Norjuma berkata, beliau sendiri adalah peminat tudung bawal yang dilihat mudah untuk dipakai, dibentuk atau difesyenkan.

“Sebenarnya kesulitan ketika memakai tudung bawal dari aspek pembentukan tudung tersebut berpunca daripada warna dan jenis kain yang akan menentukan lembik atau kerasnya kain itu," kata Norjuma.

Tambahnya, biarpun terdapat pelbagai jenis tudung di pasaran, namun tudung bawal semakin sebati di hati remaja khususnya pelajar.

Malah imej dan pembawakan Norjuma sebagai wanita Muslimah juga amat bersesuaian dengan konsep butiknya yang memperlihatkan gaya dan cara pemakaian wanita Islam di zaman moden.

Tambah isteri kepada Datuk Mohamed Nazim Razak yang sentiasa cantik itu, beliau lebih sukakan pemakaian tudung yang sederhana dan tidak berserabut.

Malah, beliau turut memenuhi dan memahami kehendak pengguna di mana tudung bawal ini mudah di cuci dan pula murah harganya.

Bukan itu sahaja, tudung bawal juga boleh dipelbagaikan fesyennya tertakluk kepada kreativiti individu yang memakainya.

“Jenis pemakaian yang pelbagai bukan sahaja memperlihatkan kecantikan individu itu malahan ia juga boleh dikenakan dengan pelbagai aksesori yang menawan," katanya.

Jadi kepada mereka yang masih tercari-cari di mana lokasi butik tudung bawal Aidijuma ini, boleh datang dan lihat sendiri di Pasar Seni serta dapatkan sendiri koleksi terbaru beliau.

- NUR SYUHADA IBRAHIM

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.