VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 September 2014 / 8 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
FEMININ

ARKIB : 19/07/2012

Butik ibu hamil

Amilin Husni (kiri) melayan pelanggan yang berkunjung ke MumDreams.

BERHAMPIRAN Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, di Bandar Baru Bangi, Selangor, memberi ruang dan peluang keemasan kepada Amilin Husni Hussain, 32, membuka butik MumDreams bagi keperluan ibu dan bayi.

Produk jenama MumDreams menyediakan keperluan bukan sahaja untuk ibu hamil, malahan turut memiliki keperluan berpantang dan penyusuan serta produk bayi.

Pemiliknya, Amilin Husni yang lebih mesra dengan panggilan Lyn berkata, kepakaran MumDreams adalah untuk menjadikan ibu mengandung dan menyusu cantik menawan di mata suami.

"Produk kita menumpukan kepada busana untuk ibu mengandung dan yang menyusu. Walau bagaimanapun, butik kami merupakan pusat hentian setempat bagi para ibu mendapatkan keperluan berpantang dan juga penyusuan.

"MumDreams berkonsepkan tradisional dan moden iaitu menerapkan persediaan para ibu berpantang secara tradisional dan juga secara moden.

"Fokus utama butik MumDreams adalah pakaian atau busana untuk ibu mengandung dan menyusu seperti blaus dan jubah, " katanya yang pernah berkhidmat sebagai pensyarah dan jurutera sistem di sebuah syarikat telekomunikasi selama lima tahun," kata Lyn.

Tambahnya lagi, reka bentuk busana yang terdapat di MumDreams membolehkan si ibu menggayakan pakaian itu semasa dan selepas hamil.

Ini kerana katanya, busana tersebut bukan hanya boleh digayakan semasa hamil, malahan reka bentuknya amat sesuai digunakan bagi tujuan menyusu serta sesuai sama ada untuk digayakan ke pejabat, majlis formal ataupun bersantai.

"Tekstil yang digunakan diimport dari China, Vietnam, Indonesia," kata wanita yang pernah mengambil jurusan Kejuruteraan Komputer di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor itu.

Menurutnya, MumDreams bermula dengan nama asalnya Mydreams pada tahun 2007 menerusi perniagaan online dan kemudian MumDreams dibuka di bawah penjenamaan semula MyIPO pada April 2009.

Seterusnya sayap perniagaan makin meluas dengan membuka cawangan baru di Kelantan dan Shah Alam.

Ditanya mengenai cabaran, Amilin menganggap cabaran ada di mana-mana.

"Bersaing perniagaan dengan bukan bumiputera yang mempunyai modal yang jauh lebih besar merupakan antara cabaran hebat untuk saya.

"Selain itu, jenama produk MumDreams ada yang ditiru dan diciplak memberi kesan kepada perkembangan perniagaan MumDreams itu sendiri," katanya.

Ujarnya, semestinya para ibu menginginkan diri tampil anggun menjelang Syawal yang bakal menjelang tidah lama lagi.

Sesuai dengan nama butik itu sendiri, MumDreams tampil dengan aneka baju kebaya, jubah, baju kurung moden dan baju kurung tradisional untuk ibu hamil.

Terdekat, MumDreams bakal menyertai Ekspo Bayi dan Keperluan Ibu di Mid Valley, Kuala Lumpur pada 27 hingga 29 Julai 2012. Segala maklumat boleh dilayari difacebook https://www.facebook.com/mumdreams.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:22
Maghrib 7:20
Isyak 8:29


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.