VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 September 2014 / 7 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
FEMININ

ARKIB : 18/07/2012

Kedai konsep langsir

Wardina Safiyyah turut berpuas hati dengan rekaan konsep langsir Elyza.

SELEPAS 18 tahun membina nama dan empayar dalam dunia hiasan tingkap, Elyza, jenama tempatan dan pembekal kelengkapan fabrik terkemuka, secara rasmi melancarkan kedai konsep pertamanya di Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kedai konsep yang diberi nama Elyza's House of Window Dressings adalah bukti komitmen berterusan Elyza dalam usaha membekalkan pelbagai produk perhiasan tingkap dan idea-idea perhiasan rumah berinovasi.

Pengasas dan Ketua Pegawai Operasi Elyza's Home (M) Sdn. Bhd., Elyza Yong pada pelancaran itu turut mengumumkan francais Melayu pertama untuk kedai konsep ini, iaitu Rosni Otho.

Rosni yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam dunia jahitan langsir adalah calon yang tepat untuk meneraju Elyza's House of Window Dressing.

"Elyza berjaya meraih tempat di industri pasaran perhiasan tingkap di negara ini dengan memperkenalkan perisian dekorasi rumah, Eassy Decor dan juga kerjasama perkongsian rasmi dengan Forest Group Netherlands sebuah syarikat trak langsir dan sistem bermotor utama di Eropah.

"Pelancaran Elyza's House of Window Dressings adalah tepat pada masanya kerana kedai konsep ini membolehkan kami meneruskan usaha untuk menggalakkan kesenian hidup berkualiti di samping memperkenalkan pengalaman membeli-belah perhiasan tingkap yang menyegarkan kepada pengguna ," katanya.

Elyza yang juga pemenang anugerah SME 2011 baru-baru ini yakin bahawa perhiasan tingkap merupakan unsur penting dalam dekorasi dalaman sebuah rumah.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran pengacara dan pelakon Wardina Safiyyah.

Sementara itu, Wardina yang juga pelanggan Elyza berkata, perhiasan tingkap boleh mengungkapkan personaliti pengguna serta meningkatkan kualiti kehidupan. Malah katanya pemilihan warna langsir memainkan peranan penting dalam diri ahli rumah.

Wardina yang turut memiliki kelayakan dalam bidang hiasan dalaman dan kini mendalami bidang psikologi berkata, pemilihan langsir perlulah dilakukan dengan teliti supaya rumah yang diduduki bukan sekadar rumah bagi penghuninya tapi ia juga kediaman yang mendamaikan.

"Kebetulan saya mempunyai rumah baru di Kota Damansara. Rumah tersebut yang mempunyai lapan bilik memang kediaman yang amat sesuai untuk anak-anak dan suami. Setiap bilik dengan konsep berbeza, pemilihan kemasan langsir yang betul merubah suasana bilik dan membuatkan kita benar-benar selesa berada di situ.

"Sekiranya sakit kita akan berjumpa doktor pakar. Jadi nasihat saya untuk mendapatkan langsir yang baik, harus berjumpa dengan pakar langsir.

"Seperkara lagi, Elyza juga mempunyai teknologi yang digabungkan dalam langsir automatik mereka. Dengan menggunakan alat kawalan jauh saya boleh membuka langsir yang berada di kedudukan tinggi. Ia bukan sahaja memudahkan malah sangat kontemporari.

"Paling saya suka ialah bilik anak perempuan saya yang berusia sembilan dan enam tahun yang menggunakan konsep Cozy Country," ujar Wardina.

Kedai konsep ini direka dengan menonjolkan hiasan dalaman yang benar-benar menepati cita rasa dan ciri yang spesifik pelanggan yang pelbagai.

Sementara itu Rosni memberitahu, ruang pameran terbahagi kepada beberapa bahagian umpama kediaman pelanggan itu sendiri.

"Konsep begini diketengah supaya pelanggan mendapat sendiri pengalaman membeli-belah yang baru, mudah serta profesional kepada pengguna.

"Kami mahu pelanggan menghargai dan menghayati perhiasan tingkap yang kepelbagaian fungsinya dalam perhiasan untuk ruang tamu, ruang makan, bilik tidur, bilik kanak-kanak dan sebagainya," ujar Rosni.

Antara ciri-ciri eksklusif lain yang ditawarkan di sini termasuk sistem berkomputer yang membekalkan Perkhidmatan Pralihat Eassy-Decor secara percuma di mana pelanggan boleh melihat sendiri perhiasan tingkap yang mahu dibeli mereka secara digital sebelum membuat keputusan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Elyza's House of Window Dressings dan Promosi Hari Raya, sila hubungi imanhomedecor@yahoo.com.my atau talian 03-90741566.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:23
Maghrib 7:20
Isyak 8:30


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.