VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 April 2014 / 20 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
FEMININ

ARKIB : 15/07/2012

Kelainan koleksi Rico Rinaldi

RICO Rinaldi antara pereka muda yang semakin meningkat naik. Setiap rekaan yang ditampilkan kini mendapat perhatian peminat fesyen.

Sempena Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi, Rico kembali menampilkan koleksi raya 2012 bertemakan keindahan alam semula jadi "Flora dan Fauna".

Menariknya, Rico mengambil idea kreatif, puak (tribal) sebagai inspirasi dalam rekaan.

Kebanyakan rekaan yang ditampilkan kali ini menggunakan rona kain berwarna pastel dengan fabrik kain sifon dan kapas.

Menurut Rico, koleksi kali ini turut menggunakan elemen abstrak, asli dan haiwan seperti gajah sebagai motif utama.

"Baju yang ditunjukkan pada peragaan fesyen ini bakal dijual pada harga RM400 hingga RM1,000 setiap satu," ujarnya yang masih menerima tempahan khusus untuk Aidilfitri.

Yang penting, kesemua koleksi Rico ini sesuai digayakan pelbagai lapisan umur.

Ia bukan sahaja sesuai untuk digayakan di pagi raya, malah kesemua rekaannya dilihat boleh digayakan ke mana jua.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.