ARKIB : 15/07/2012
Klasik Inggeris pilihan Helena
KECANTIKAN dan wanita ibarat irama dan lagu yang tidak boleh dipisahkan. Begitu juga bagi remaja, Wan Soleha Amran, 19, atau lebih mesra dipanggil Helena.
Bagi peragawati sepenuh masa ini, dia menjadikan kediamannya sebagai tempat untuk mengekspresi minatnya terhadap kecantikan.
Dia sangat bernasib baik kerana kakaknya turut berkongsi minat dalam seni hiasan dalaman klasik Inggeris.
"Setiap kali ingin menghias rumah, saya akan berkongsi idea dengan kakak. Bagaikan mendapat satu kepuasan jika melihat kediaman kita cantik dan indah," katanya.
"Memang saya berniat menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi tetapi rezeki saya dalam bidang ini bertambah selepas tamat belajar. Kebetulan sejak kecil, saya memang teringin menjadi model seperti Tyra Banks.
"Saya mahu mengutip pengalaman dalam bidang ini sebelum menyambung pengajian," katanya yang bercita-cita menjadi pramugari.
Helena yang murah dengan senyuman ini turut berkongsi hobinya yang suka makan.
Katanya, dia akan mencuba apa sahaja menu yang dilihatnya enak tanpa berpantang.
"Ya, saya akui, melihat tubuh badan saya yang kecil tentunya ramai tidak percaya saya suka makan. Untuk mengimbangi tabiat itu, saya akan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu," katanya yang menggemari solekan ringkas.
Pilihan selendang
Kebangkitan gaya Tribal
Sandy Selebriti Facebook
Miliki kulit sihat
Berani,bergaya,elegan
Aurawhite dulu, kini Auraslim
Luahkan kasih sayang
Mandi bunga naik seri
Elemen Melayu moden
Mandian aroma buah-buahan
Gaya anggun milik Muslimah
Pesona Fazrena
Tampil anggun di majlis makan malam
Fesyen ranggi, lawa
Kulit lindungi radiasi
Ain miliki bakat terpendam
Wanita besi Shell
Norhayati berhenti kerja, buka At-Taqwa
Marliya penuhi amanah ibu
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









