VERSI : Mobile | Akhbar Digital
2 Ogos 2014 / 6 Syawal 1435  
  Carian Arkib
EKONOMI

ARKIB : 14/05/2013

I-Bhd. bangun pusat beli-belah

SHAH ALAM 13 Mei - I- Bhd. dan CPN Global Company Ltd. (CPN) dari Thailand bekerjasama untuk membangunkan sebuah pusat membeli-belah terbesar dan moden di Shah Alam, Selangor bernilai RM580 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif I-Bhd., Datuk Eu Hong Chew berkata, projek tersebut bakal memberi kesan positif kepada ekonomi Selangor semasa pembinaan pusat membeli-belah itu berlangsung selain pelbagai projek pembangunan yang sedang giat dijalankan di i-City.

“Kerjasama ini amat bermakna kerana ia merupakan penyertaan pertama CPN di dalam pasaran Malaysia, ia bukan sahaja memberi manfaat dari segi mikro ekonomi malah turut menyumbang kepada makro ekonomi," katanya semasa sidang akbar selepas memeterai perjanjian usahasama dengan syarikat dari Thailand itu, di sini hari ini.

Menurut Hong Chew, projek tersebut bakal dibangunkan oleh anak syarikat I-Bhd., i-City Properties Sdn. Bhd. yang memegang 40 peratus kepentingan manakala bakinya dimiliki oleh anak syarikat CPN iaitu CPN Real Estate Sdn. Bhd. dan CPN Malls Malaysia Sdn. Bhd.

Pusat membeli-belah seluas 1.5 juta kaki persegi (0.14 juta meter persegi) itu dijangka siap pada akhir 2016 dan sedia beroperasi pada 2017.

Tambahnya, CPN akan mengetuai projek-projek yang berkaitan reka bentuk, pembangunan dan pengurusan pusat membeli-belah tersebut manakala I-Bhd. akan memastikan pembangunan di sekitar i-City konsisten dengan gaya, imej dan karakter pusat membeli-belah tersebut.

CPN merupakan pemaju dan pengendali terbesar pusat membeli-belah di Thailand selain memiliki pengalaman luas dalam bidang peruncitan sejak 1957.

Perniagaan dari pusat membeli-belah menjana lebih 79 peratus pendapatan daripada keseluruhan perolehan syarikat tersebut.

Menurut Hong Chew, I-Bhd. berhasrat untuk membangunkan sebuah pusat membeli-belah yang mempunyai identiti berbeza daripada pusat membeli-belah sedia ada di Jepun, Hong Kong atau Singapura yang biasa dijumpai di Malaysia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.