VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 April 2014 / 19 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
EKONOMI

ARKIB : 14/05/2013

Masalah modal punca tarik diri

Dari kiri: Hasni Harun, Syed Abdul Jabbar Shahabudin dan Anwar Syahrin Ajib melihat laporan tahunan MMC Corporation Bhd. di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 13 Mei - Masalah meraih modal merupakan punca MMC Corporation Bhd. (MMC) membatalkan penyertaannya dalam projek Jazan Economic City yang bernilai AS$30 bilion (RM90.7 bilion) di Arab Saudi.

Malah, MMC yang bekerjasama dengan syarikat BinLaden Group merancang menebus pampasan berjumlah RM160 juta dan beberapa nilai tambah yang lain daripada kerajaan Arab Saudi.

Pengarah Urusan Kumpulan MMC, Datuk Hasni Harun berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan aktif dan sudah mengadakan perjumpaan dengan salah seorang menteri di Arab Saudi pada Disember lalu.

Malah, MMC juga telah berjumpa dengan Duta Besar Malaysia di sana dan akan bekerjasama bagi mendapatkan balik dana yang telah dilaburkan itu.

“Kami sebagai pemaju utama di Jazan Economic City memerlukan modal yang banyak bagi membangunkan projek yang besar ini.

“Namun, kesukaran untuk meraih modal termasuk melalui tawaran awam permulaan (IPO) turut mengakibatkan penyertaan itu terpaksa dibatalkan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat agung tahunan MMC di sini hari ini.

Hadir pada majlis ialah Pengerusi MMC, Datuk Wira Syed Abdul Jabbar Shahabudin dan Pengarah dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan MMC, Anwar Syahrin Ajib.

Kerjasama 50:50 di antara MMC dan BinLaden telah dibatalkan pada 9 April lalu.

Pembatalan penyertaan projek itu telah diterima oleh Pihak Berkuasa Pelaburan Awam Arab Saudi (SAGIA) menerusi notis bertarikh 25 Mac lalu.

Jazan Economic City yang dilancarkan pada 2006 merupakan bandar ekonomi dan kewangan keempat terbesar di Arab Saudi selain Rabigh, Hail dan Madinah.

Tambah Hasni, tugas dan peranan yang dimainkan oleh MMC di Jazan Economic City telah diambil alih oleh Saudi Aramco yang juga merupakan pelabur terbesar bagi projek itu.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.