VERSI : Mobile | Akhbar Digital
18 September 2014 / 23 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
EKONOMI

ARKIB : 25/03/2013

Mas teruskan tawaran tambang istimewa

KUALA LUMPUR 24 Mac - Malaysian Airline System Bhd. (MAS) mengumumkan yang promosi tambangnya untuk perjalanan domestik dan antarabangsa yang ditawarkan mulai 11 Mac 2013, dan serentak pula dengan pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) dari 15 hingga 17 Mac, masih lagi terbuka sehingga 31 Mac 2013.

Naib Presiden Kanan MAS (Malaysia dan ASEAN), Muzammil Muhammad berkata, jika dibandingkan dengan pameran MATTA sebelumnya, sambutan untuk tahun ini amat memberangsangkan.

"Sambutannya mengatasi jangkaan kami dan kami juga gembira yang para pengguna telah mengambil peluang untuk membeli tambang istimewa oneworld.

"Tawaran ini masih ada sehingga 31 Mac 2013 dan kami menggalakkan para pengguna mengambil peluang semasa cuti sekolah akan datang untuk merancang dengan anak-anak percutian mereka sehingga 30 November 2013, dengan memanfaatkan tawaran ini," kata beliau dalam satu kenyataan.

Untuk pasaran domestik, kenyataan itu berkata, para pengguna terus mendapatkan tawaran itu dalam jumlah yang besar untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan, berjumlah hampir 36 peratus daripada mereka yang telah membeli tambang istimewa syarikat penerbangan itu semasa promosi.

Tambang kelas ekonomi merangkumi semua untuk laluan-laluan ini serta laluan antara Kuala Lumpur dan destinasi Sabah/Sarawak yang lain - Kuching, Miri, Sibu, Labuan dan Bintulu ditawarkan pada tambah RM150 satu hala dan RM300 pergi balik.

Tambang yang serupa juga dikenakan untuk perjalanan dari Sabah dan Sarawak ke Kuala Lumpur.

Bagi rangkaian antarabangsa MAS, ia berkata, laluan A380 amat popular di kalangan pengembara dengan London terus menjadi destinasi jarak jauh yang popular dengan lebih sembilan peratus daripada pembelian sementara Hong Kong pula destinasi pilihan dengan lebih 13 peratus daripada pengguna.

Paris juga merupakan satu lagi destinasi A380 pilihan ramai sementara destinasi lain seperti Taipei, Beijing dan Shanghai terus popular di kalangan hampir 15 peratus pembeli, katanya.

Syarikat penerbangan itu menawarkan tambang menarik 'all-in' dari RM699 ke Hong Kong, RM974 ke Taipei, RM999 ke Shanghai dan Beijing dan RM2499 ke London, Frankfurt, Paris dan Amsterdam.

Selain itu, para pengembara yang terbang dengan MAS kini boleh menikmati tambahan 10 kilogram percuma elaun bagasi dan caj lebihan bagasi yang dikurangkan untuk perjalanan di semua kelas.

Para pengguna dipelawa membuat tempahan tawaran ini secara dalam talian menerusi www.malaysiaairlines.com, Pusat Panggilan bebas tol 24-jam MAS di 1300 88 3000 dan pejabat jualan tiket seluruh negara dan ejen-ejen yang dilantik. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:22



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.