ARKIB : 19/01/2013
ASEAN alternatif China untuk penyumberan tekstil
NEW YORK 18 Jan. - Firma perundingan swasta New York yang pakar dalam perkhidmatan luar pesisir, yakin Asia Tenggara merupakan alternatif terbaik kepada China untuk syarikat tekstil dan pakaian berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), yang mahu melakukan proses penyumberan luar produk berkenaan.
TigerTrade Services Inc. yang berdaftar di New York merupakan platform menyeluruh untuk perdagangan global, menghubungkan pengilang di ASEAN dan AS serta pembeli antarabangsa.
TigerTrade terlibat dalam sektor seperti pakaian, tekstil, kasut, kemasan dan aksesori rumah.
TigerTrade mempunyai rangkaian pejabat dan hubungan di ASEAN, tempat pembeli AS menyumber keperluan pakaian dan tekstil masing-masing kerana kos buruh yang rendah di China.
Ketua Pegawai Eksekutif TigerTrade, Tanjila Islam berkata, laman web syarikat itu dibangunkan khusus untuk membantu mengenal pasti perniagaan yang boleh dipercayai bagi menjalin hubungan perniagaan.
"Untuk memuktamadkan transaksi, anda perlu menyelesaikan segala keperluan dengan pihak lain di Asia Tenggara," katanya pada Pameran TexWorld di New York, pameran fabrik pakaian terbesar di Amerika Utara, anjuran Messe Frankfurt USA Inc.
Islam memberitahu Bernama beberapa pengilang di ASEAN seperti Singapura dan Malaysia sudah memindahkan operasi masing-masing ke destinasi pengeluaran yang berkos rendah seperti Vietnam, Kemboja, Laos dan Indonesia.
"Mudah untuk mengekalkan kawalan kualiti di destinasi ini. Thailand yang merupakan pengeluar utama tekstil dan pakaian di ASEAN, mengekalkan kawalan kualiti ke atas operasi pengeluaran dan menikmati manfaat berganda kualiti tinggi dan kos pengeluaran yang rendah," katanya. - BERNAMA
OCBC semak semula KDNK kepada 5 peratus
Industri batik tempatan diyakini terus berkembang maju
Kewangan berlandas syariah jadi pilihan
Pendapatan tambahan RM27b
Ekonomi dijangka kukuh separuh kedua
MITI fokus bantu tingkat ekonomi
MYCEB rancang tarik 130,000 delegasi perniagaan antarabangsa ke Malaysia
Kunjungan Obama beri pengiktirafan kepada Malaysia
Kestabilan politik, keyakinan pelabur kembangkan ekonomi
Jualan kenderaan naik kepada 52,489 unit
Penyelesaian kewangan Islamik perlu inovatif
PKS Malaysia tabah dalam perniagaan - kajian Regus
Ekonomi tumbuh 4.1%
FPM perkukuh perniagaan baja
Penglibatan dalam TPP penting - MITI
TM komited jadi pemangkin PKS
Gas Malaysia dapat bekalan tambahan
CIMB hadapi kesukaran kuasai bank Filipina
Sukuk Sime Darby terima status Emas
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









