VERSI : Mobile | Akhbar Digital
31 Ogos 2014 / 5 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
EKONOMI

ARKIB : 19/11/2012

Westports unjur pertumbuhan pada 2013

PELABUHAN KLANG 18 Nov. - Westports Malaysia Sdn. Bhd. (Westports), pengendali pelabuhan paling sibuk di negara ini, mengunjur pertumbuhan dalam perniagaannya pada tahun depan meskipun ekonomi global yang suram.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Ruben Emir Gnanalingam berkata, walaupun krisis ekonomi global dan Eropah mengalami kemelesetan, sektor penggunaan dunia kekal meningkat.

Oleh itu, beliau berkata, jumlah kargo Westports masih meningkat disebabkan oleh kenaikan permintaan terutama di India dan Afrika serta negara-negara Asia Barat.

"Walaupun prospek ekonomi tidak begitu baik bagi kebanyakan negara di dunia, penggunaan terus meningkat dan kargo perlu dibawa dari negara-negara yang mengeluarkannya ke negara-negara yang menggunakannya.

"Oleh itu, masih terdapat banyak pertumbuhan," kata beliau kepada Bernama semasa temu bual baru-baru ini.

Perniagaan teras Westports ialah operasi kontena dan pelanggan utamanya ialah CMA CGM Group, China Shipping dan United Arab Shipping Corp.

Ruben Emir berkata, Westports yakin dapat mengendalikan tujuh juta TEU (unit bersamaan dua puluh kaki) kargo kontena tahun ini.

"Saya fikir kami sudah mencecah enam juta TEU minggu ini, jadi dengan satu juta TEU lagi sebelum akhir tahun, saya berpendapat kami akan dapat mencapainya," kata beliau.

Beliau berkata, tahun lepas, Westports mengendalikan 6.4 juta TEU dan pada 2010, ia mengendalikan 5.5 juta TEU. Bagaimanapun, Ruben Emir berkata, Westports berharap untuk mencapai lapan hingga 10 juta TEU apabila tambatan tambahan 300m dan 600m siap menjelang 2014.

"Pada masa ini, pelabuhan mengendalikan kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan jumlah kontena di Pelabuhan Klang.

"Perniagaan Westports dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kargo tempatan, mengendalikan import serta eksport Malaysia dan pemunggahan kargo perniagaan antarabangsa," katanya.

Beliau berkata, pada masa ini kargo pemunggahan menyumbang kira-kira 70 peratus kepada perolehan syarikat.

Westports merupakan satu daripada dua pelabuhan di Pelabuhan Klang dengan lebih 4,000 pekerja dan angka itu dijangka meningkat kepada 4,400 pekerja menjelang 2014. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:16
Asar 4:25
Maghrib 7:21
Isyak 8:31


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.