ARKIB : 10/11/2012
Memanfaatkan kemudahan perbankan untuk usahawan memulakan perniagaan
BAGAIMANA seorang usahawan boleh menyediakan kertas cadangan yang mantap untuk mendapatkan pembiayaan perniagaan?
JAWAPAN: Tidak ramai orang, termasuklah lulusan universiti yang pernah membayangkan diri mereka akan menjadi usahawan yang berjaya ketika mereka mula-mula menceburi dunia kerjaya.
Kebanyakan mereka menganggap diri amat bernasib baik kerana berjaya mendapat kerja dan berharap untuk mengumpul cukup duit bagi membeli kereta, mendirikan rumah tangga dan kemudian membeli rumah.
Walaupun sebahagian besar daripada pekerja sudah berpuas hati apabila mendapat kerja, ada pula yang silih bertukar majikan, sama ada untuk menyahut cabaran baharu, menguasai kemahiran baharu, atau memperoleh gaji lebih tinggi.
Segelintir daripada mereka kemudian membuat keputusan untuk bekerja sendiri dan memulakan perniagaan sendiri, dan dalam proses tersebut menjadi seorang yang digelar usahawan.
Pada hakikatnya, tidak ramai yang secara sedar membuat keputusan untuk menjadi usahawan, terutamanya selepas mengikuti kisah kegagalan perniagaan dan kemuflisan korporat.
Terdapat pelbagai aspek penting yang perlu dipertimbangkan oleh individu dan setiap satu aspek mungkin membawa kepada kejayaan atau kegagalan perniagaan usahawan.
Untuk menjadi usahawan berjaya, seseorang itu mesti mempunyai beberapa sifat istimewa, termasuk kesungguhan, kreativiti, disiplin dan bercita-cita tinggi.
Walaupun wang modal sudah tentu diperlukan bagi memulakan perniagaan baru, anda juga perlu menyusun rancangan perniagaan kukuh yang mengambil kira semua isu pemasaran dan kewangan.
Buat permulaan, seorang usahawan perlu tahu di mana untuk mendapatkan sumber pembiayaan, sama ada daripada ahli keluarga, sahabat handai, bakal rakan kongsi, pembekal, bank, firma kredit, syarikat kewangan, syarikat kad kredit dan sebagainya.
Mereka juga perlu teliti dalam soal penggunaan dana tersebut, contohnya untuk membeli stok, memberi kemudahan kredit kepada pelanggan, membayar upah dan bil utiliti, membeli aset untuk menjana pendapatan dan sebagainya.
Bagaimanapun, jika usahawan perlu mendapatkan pembiayaan daripada bank, mereka perlu tahu bahawa sumber dana berbeza yang diperolehi mesti digunakan untuk kegunaan atau keperluan berbeza.
Jika dana jangka pendek seperti overdraf digunakan untuk membiayai aset jangka panjang seperti tanah dan bangunan, maka perniagaan akan menghadapi masalah aliran tunai jika keadaan ekonomi dan kewangan di pasaran bertambah buruk.
Persoalannya ialah bagaimana seorang usahawan boleh menyediakan kertas cadangan yang mantap untuk mendapatkan pembiayaan bagi perniagaan?
Teruskan membaca ruangan ini kerana dalam artikel artikel seterusnya pada setiap Sabtu, kita akan membincangkan beberapa unsur penting yang perlu ditekankan oleh usahawan, yang juga merupakan faktor utama yang dinilai oleh bank dalam sesuatu kertas cadangan.
PENULIS merupakan Ketua Perbankan Perniagaan & Pembangunan Bumiputera, OCBC Al-Amin Bank Berhad.
OCBC semak semula KDNK kepada 5 peratus
Industri batik tempatan diyakini terus berkembang maju
Kewangan berlandas syariah jadi pilihan
Pendapatan tambahan RM27b
Ekonomi dijangka kukuh separuh kedua
MITI fokus bantu tingkat ekonomi
MYCEB rancang tarik 130,000 delegasi perniagaan antarabangsa ke Malaysia
Kunjungan Obama beri pengiktirafan kepada Malaysia
Kestabilan politik, keyakinan pelabur kembangkan ekonomi
Jualan kenderaan naik kepada 52,489 unit
Penyelesaian kewangan Islamik perlu inovatif
PKS Malaysia tabah dalam perniagaan - kajian Regus
Ekonomi tumbuh 4.1%
FPM perkukuh perniagaan baja
Penglibatan dalam TPP penting - MITI
TM komited jadi pemangkin PKS
Gas Malaysia dapat bekalan tambahan
CIMB hadapi kesukaran kuasai bank Filipina
Sukuk Sime Darby terima status Emas
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||









