VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 April 2014 / 17 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
EKONOMI

ARKIB : 24/10/2012

Bank Muamalat lancar skim pembiayaan mikro

KUALA LUMPUR 24 Okt. - Bank Muamalat Malaysia Bhd. (Bank Muamalat) hari ini melancarkan skim pembiayaan mikro untuk pesara kerajaan, tentera berpencen, isteri-isteri tentera dan peneroka-peneroka Felcra.

Skim ini bertujuan menyediakan modal sebagai permulaan perniagaan, menambah modal perniagaan atau untuk membesarkan lagi perniagaan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Musa Abdul Malek berkata, dana pembiayaan ini akan diperoleh melalui dana usahawan mikro yang disediakan oleh Bank Negara Malaysia.

"Dengan skim mikro ini, kami yakin akan dapat membantu pesara kerajaan dan mereka yang terlibat dari segi kewangan untuk memulakan perniagaan atau memperbesarkan lagi perniagaan masing-masing," katanya.

Tambah Musa, Bank Muamalat akan menyediakan skim pembiayaan mikro dengan kadar faedah yang lebih berpatutan iaitu sebanyak 3.6 peratus tetap setahun berbanding 5.25 peratus tetap setahun sebelum ini. - UTUSAN

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.