VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
EKONOMI

ARKIB : 09/10/2012

BMAM ramal 80 peratus JMB bankrap

PETALING JAYA 8 Okt. - Persatuan Pengurusan Bangunan Malaysia (BMAM) meramalkan lebih 80 peratus Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau perbadanan pengurusan (MC) bagi kediaman di bangunan-bangunan tinggi Malaysia akan bankrap sekiranya rang undang-undang pengurusan strata diluluskan kerajaan.

Keadaan itu boleh berlaku kerana pindaan undang-undang baharu itu telah menetapkan hanya syarikat-syarikat penilai hartanah berlesen diberi hak eksklusif menguruskan hartanah atau bangunan tinggi di negara ini.

Presidennya, Dr. Ir. Teo Chiang Kok berkata, perkara yang dibimbangi BMAM adalah syarikat-syarikat penilai berlesen itu langsung tidak mempunyai kepakaran dalam pengurusan bangunan tinggi.

Malah, syarikat-syarikat tersebut dijangka melakukan 'Ali Baba' bagi tugas pengurusan tersebut kepada JMB atau MC dan ia hanya menguntungkan syarikat penilai hartanah itu sendiri.

"Apabila kerja-kerja pengurusan diserahkan secara 'Ali Baba' kepada JMB atau MC, yuran penyelenggaraan bulanan akan meningkat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas sidang media mengenai rang undang-undang pengurusan strata di sini hari ini.

Rang undang-undang pengurusan strata telah dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Parlimen.

Sehingga kini terdapat lebih 450 hingga 1,000 JMB atau MC di Malaysia.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.