VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
EKONOMI

ARKIB : 26/09/2012

Kejatuhan harga minyak sawit hanya sementara

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Ketidaktentuan dalam pasaran harga minyak sawit mentah (MSM) adalah disebabkan stok yang banyak dan persepsi pasaran.

Presiden Kumpulan Felda Global, Datuk Sabri Ahmad berkata, fundamental global terutama di Eropah dan Amerika Syarikat yang masih goyah juga menyumbang kepada faktor harga MSM.

"Keadaan ini merupakan pengaruh kuat yang menyokong kejatuhan MSM," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

Semasa Persidangan GlobalOil di India minggu lalu, penganalisis minyak sawit, Dorab Mistry meramalkan harga hadapan MSM akan jatuh kepada RM2,300 setan pada suku keempat.

Lebih buruk lagi, apabila seorang penganalisis, Dr. James Fry pula menjangkakan harga MSM susut kepada RM2,285 setiap tan menjelang akhir tahun ini seandainya minyak mentah Brent jatuh kepada AS$80 (RM240) setong

Harga komoditi itu telah menyaksikan penurunan terendah hampir setahun, namun para penganalisis berpendapat MSM akan melonjak semula pada kedudukan selesa berikutan diskaun harga yang besar antara MSM dengan pesaing terdekatnya, minyak soya kira-kira AS$300 (RM900) bagi setiap tan.

Mengulas mengenai perkara itu, Sabri percaya kejatuhan itu hanya bersifat sementara kerana ia didukung oleh fundamental.

Katanya, harga komoditi tersebut diramal stabil pada suku pertama tahun depan.

Malah, tambah beliau, ketidakstabilan pada harga MSM itu tidak memberi impak besar kepada Felda Global Ventures Holdings Bhd..

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.