VERSI : Mobile | Akhbar Digital
19 September 2014 / 24 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
EKONOMI

ARKIB : 17/09/2012

Kaji kadar cukai individu

KUALA LUMPUR 16 Sept. - Kerajaan disaran untuk mengkaji semula kadar cukai individu dalam Bajet 2013 yang akan dibentangkan tidak lama lagi.

Pengarah Eksekutif, KPMG Tax Services Sdn. Bhd., Stefanie Low Geok Ping berkata, kerajaan perlu mempertimbangkan pengurangan kadar cukai efektif individu agar mendorong kemasukan pakar ke negara ini dan juga menyekat aliran keluar bakat ke luar negara.

Jelasnya, cukai pemastautin di negara ini yang memperoleh pendapatan bercukai melebihi RM100,000 agak tinggi iaitu mencecah 26 peratus .

"Jika individu ini mempunyai pendapatan bercukai RM150,000, dia akan membayar cukai pendapatan sebanyak RM27, 325 (kadar cukai 18.22 peratus).

"Kadar cukai efektif akan dikurangkan kepada 15 peratus, jika individu yang layak di bawah Program Pakar Kembali diuruskan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelas beliau, sebagai perbandingan, jika individu yang sama bekerja di Singapura dan layak sebagai seorang pemastautin cukai Singapura, individu itu hanya perlu membayar cukai pada kadar efektif sebanyak 8.3 peratus ke atas pendapatan yang boleh dikenakan cukai S$150,000.

Sementara itu, beliau juga mencadangkan agar kerajaan menukar had potongan cukai ke atas caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), insurans hayat dan insurans perubatan.

"Pada masa ini, caruman KWSP dan premium insurans hayat dibayar oleh individu, dalam agregat, dibenarkan potongan cukai sehingga RM6,000 premium, manakala insurans pendidikan dan perubatan adalah dihadkan kepada RM3, 000.

"Nilai RM6,000 dan RM3,000 adalah galakkan kepada individu untuk menginsuranskan diri secara menyeluruh. Walaupun premium insurans telah meningkat pada tahun-tahun kebelakangan ini, tetapi pengecualian cukai masih lagi tidak berubah.

Katanya, kini adalah masa yang sesuai bagi kerajaan untuk mengkaji dan mungkin menaikkan had terutamanya insurans perubatan.

Sementara itu, beliau juga mencadangkan agar potongan cukai tambahan kepada pesara yang menjalankan perniagaan.

"Selain itu, kajian semula terhadap kadar cukai korporat perlu dibuat, malah negara-negara seperti United Kingdom kini mempunyai kadar cukai korporat sebanyak 24 peratus, dan ini dijangka akan dikurangkan lagi kepada 23 peratus pada tahun 2013.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zohor 1:10
Asar 4:13
Maghrib 7:13
Isyak 8:21



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.